Empat Tanda Anak Anda Yang Sedang Sakiit Perlu Segera Jumpa Doktor Tanpa Berlengah Lagi

Tahukah anda, sistem tubuh anak masih belum matang sepenuhnya seperti orang dewasa? Sebab itulah, anak mudah jatuh sakit. Jadi, sebagai ibu bapanya, anda harus melihat tanda anak sakit ini supaya si kecil itu segera mendapatkan rawatan.Dr. Claire McCarthy dari Pusat Kesihatan Universiti Harvard menyatakan pakar sering mendapat panggilan telefon dari ibu bapa yang risaukan dengan kesihatan yang dialami anaknya.

Ya, ada ketikanya tanda anak sakit yang diceritakan oleh ibu tidaklah berbahaya. Namun, ada juga beberapa tanda anak sakit berbahaya, jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan anak anda itu. Berikut merupakan 4 tanda anak sakit yang sering diabaikan ibu bapa. Pertama, Selalu nampak mengantuk.

Pernah tak anda melihat anak seperti asyik mengantuk dan tak seperti keadaan biasa? Itu tandanya tubuh anak kekurangan tenaga dan perlu rehat. Tapi jika dia mengantuk disebabkan menyiapkan kerja seekolah lalu menyebabkannya kurang tidur, anda tak perlu bimbang. Akan tetapi, jika dia tidur sepanjang hari dan susah dikejutkan untuk bangun, anda harus hati-hati.

Sama juga dengan anak yang terjaga namun tidak memiliki tenaga untuk bangun dari tempat tidurnya, bahkan dia kelihatan lemah saja. Penyebab anak kelihatan lemah ini adalah kerana dehidrasi, jangkitan, terdapat benjolan atas kepala, keracunan dan lain-lain. Kedua, Sakit anak tak hilang-hilang.Memang susah hati dibuatnya bila anak sakit secara berulang-ulang. Hari ini sihat, esok lusa sakitnya datang semula.

Jika hal ini sering terjadi lalu menyebabkannya kurang selesa dan makan juga tak berselera, jangan tangguh untuk melakukan pemeriksaan doktor. Ini boleh mngundang bahaya jika lewat memberi perhatian terhadap tanda-tanda tersebut. Ketiga ialah naik ruam dan bintik merah. Kebiasaannya, ruam dan bintik merah pada anak akan hilang jika ditekan.

Tetapi jika sebaliknya, doktor mengatakan ia adalah keadaan yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan pendaarahan kulit. Ruam yang semacam ini berkaitan dengan jangkitan dan masalah kesihatan yang lain.Jika anda perhatikan anak ada bintik ruam sebegini, segeralah bawanya berjumpa doktor untuk dirawat supaya dapat mengelak dari perkara yang lebih serius. Keempat, kesukaran untuk bernafas.

Seekiranya anak sakit dan sukar bernafas, anda tak boleh seseekali abaikannya terutama jika mereka mengalami gejala seperti di bawah ini, Bernafas dengan lebih dalam: Ia terjadi disebabkan anak terpaksa menggunakan otot tambahan bagi membantunya bernafas. Mengeluarkan bunyi ketika bernafas, Anda dapat mendengar bunyi nafas anak seperti kroh… kroh… bahkan selepas batuk juga bunyi tetap ada.

Susah nak bercakap, Lihat jika anak susah untuk bertutur padahal sebelum ini dialah yang petah bercakap. Tapi bila sakit, nak cakap sepatah pun seakan susah untuk didengari. Manakala, jika terjadi pada bayi pula, si kecil akan kurang menyusu. Nafas cepat dan pendek,Cara ini boleh dikenalpasti jika ibu melihatnya dari dekat dan lihat gerakan perut serta dadanya ketika bernafas. Wajah anak pucat : Lihat wajahnya adakah pucat? Jika ya, benar anak anda sedang s4kit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *