Enam Simptom yang Anda Tidak Seseekali Boleh Ambil Mudah

Kadangkala, anda tidak tahu bilakah seharusnya anda pergi berjumpa doktor. Kebanyakan orang tahu mereka perlu ke hospital dengan segera jika mengalami sakit dada teruk, badan lemah secara tiba-tiba, pening kepala, atau mata menjadi kabur.

Tapi bagaimana anda ingin membezakan antara simptom yang kelihatan seperti proses penuaan normal dan keadaan kesihatan yang mungkin lebih serius? Kelewatan dalam mendapatkan rawatan mungkin boleh menjejaskan proses pemulihan jika anda benar-benar menghidap penyakit.

Dalam banyak keadaan yang anda alami, jangan abaikan 6 simptom berikut. Pertama, Hilang berat badan tanpa dirancang. Jika berat anda turun tanpa mengubah pemakanan atau gaya hidup, anda mungkin memerlukan pemeriksaan terutamanya jika melebihi 5 kg. Kita akan lebih cenderung untuk naik berat apabila semakin berumur. Oleh itu, penurunan berat badan boleh jadi petanda kepada keadaan yang serius.

K4nser, masalah kelenjar ti roid, penyakit se liak, dan jangkitan seperti H 1V atau hep atitis C boleh menjadi puncanya. Kedua,Tahi lalat berubah warna. Jangan sesaekaali anda mengabaikan tahi lalat yang berubah warna, bentuk, dan saiz. Paling baik ialah untuk menjalani pemeriksaan kulit oleh pakar kulit saek4li setahun.

K4nser kulit ialah k4nser yang agak kerap berlaku dan tanda pada kulit sering diabaikan. Ketiga ialah Tidur berlebihan. Bukan sahaja kurang tidur, terlebih tidur juga mungkin petanda kepada masalah kesihatan khususnya jika melebihi 9 jam sehari.

Ia mungkin disebabkan oleh depresi, radang kr0nik, atau penyakit saraf multiple scl3rosis. Satu keadaan yang disebut sebagai nark0lepsi juga boleh menyebabkan tidur berlebihan. Keempat Batuk berterusan. Batuk berterusan lebih daripada 2 bulan bukan satu perkara yang normal walaupun bagi per0kok. Pemeriksaan harus dijalankan untuk mengenal pasti keadaan kesihatan yang mungkin ada seperti asma, penyakit r3fluks asid, atau bahkan k4nser paru-paru.

Kelima pula ialah Sakit di bahagian bawah kanan abdomen. Sakit perut atau abdomen ialah perkara yang biasa tetapi apabila ia berlaku di bahagian khusus, ia mungkin disebabkan oleh keadaan yang serius. Ap3ndiks kebiasannya bermula dengan rasa sakit di saekeliling pusat tetapi boleh berpindah ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika lambat mendapatkan rawatan, apendiks mungkin boleh pecah. Keenam ialah Sakit kr0nik.

Sakit anda dikira sebagai kr0nik jika ia berlarutan setiap hari sehingga 12 minggu atau rasa sakit tersebut mengganggu aktiviti harian anda. Punca kepada rasa sakit itu perlu dikenal pasti dan dirawat.

Badan anda sentiasa berkomunikasi dengan anda melalui tanda dan simptom yang ada. Namun, kadangkala kita tidak memahami bahasa tersebut dan mengabaikannya. Artikel ini tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Hanya saekadar perkongsian info. Sumber dari hellodoctor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *