Abang bomba hebat, budak itu pula pintar.

LELAKI berdepan detik c3mas apabila dua anaknya terperangkap di dalam kereta ketika dia memberhentikan kenderaannya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada jirannya di Bandar Sunway, Subang Jaya, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata.

Lelaki terbabit menghubungi bomba memaklumkan dua anaknya berusia tiga tahun dan sembilan bulan terperangkap dalam kereta pada 6.35 petang. “Sepasukan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian sebelum mendapati seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kakaknya berusia tiga tahun terperangkap dalam kereta Mini Cooper dengan enjin masih hidup.

“Memandangkan kereta itu tidak boleh diumpil, anggota bomba cuba untuk mengajar kanak-kanak berusia tiga tahun itu membuka kunci kereta itu. “Mereka bermain-main dengan kanak-kanak itu menggunakan alat seperti lampu suluh sehingga akhirnya kanak-kanak itu mengikuti arahan anggota bomba untuk membuka kunci kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syed Shahril Anuar berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk menunjukkan kanak-kanak itu cara untuk membuka pintu. Sumber dari hmetro.com.my. Elak kes anak meningg4l dalam kereta, apa ibu bapa harus buat. Memang tidak dinafikan, kepenatan dan lambakan kerja mampu mengganggu fikiran ibu bapa hingga mereka boleh terlupa tentang sesuatu. Yang lebih buruk hingga terlupa anda tertinggal anak dalam kereta.

Demi mengelak kes ini daripada berulang, pihak Department of Health and Wellness Safe Kids telah mengeluarkan langkah-langkah keselamatan ini untuk semua netiz3n. Sama-sama kita menjalankan tugas kita demi keselamatan kanak-kanak yang tidak bersalah. Pertama, Jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta, walaupun sekejap dan anda membuka tingkap!

Menurut Dr Nathan Allen, doktor kecemasan di Universiti Chicago, kanak-kanak lebih terbuka untuk terkena strok haba. Jadi tiada tempoh masa yang betul-betul selamat untuk meningg4lkan anak dalam kereta. Tingkap yang terbuka pula tidak membantu mengalirkan haba panas dalam kereta dari keluar. Kedua, Strok haba boleh menyerang kanak-kanak apabila suhu badan mereka melebihi 40°C.

Dengan cuaca panas di Malaysia, dalam masa satu jam anak dalam kereta, suhu boleh meningkat sehingga 70%! Ketiga jika anda nampak ada kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta, segera hubungi 911. Jika anda rasa anda boleh menyelamatkan mereka, lakukan saja! Kadang-kadang, memang ada ibu bapa atau penjaga yang terlupa anak sedang tidur di kerusi belakang. Ini meng4kibatkan anak tertinggal dalam kereta.

Apa yang boleh anda buat? Keempat, Ingatkan diri anda setiap saat. Sentiasa ingatkan diri yang anda ada anak di kerusi belakang. Satu lagi, berikan klu dalam bentuk visual. Contohnya tinggalkan beg kerja atau handphone anda di kerusi belakang dengan anak. Nanti bila anda bakal turun, anda akan sedar tentang handphone atau beg kerja itu dan tidak akan lupa tentang anak di belakang. Sumber dari theasianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *