”Allah Dah Lama Angkat Sakit Ainul Ke Langit,” Luahan Bapa Ainul Mardhiah Mengundang Sebak Netzen.

Rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan adik Ainul Mardhiah, pasti mengetahui dia kini sedang berada di London bersama ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan daripada pakar terbaik.

Menerusi perkongsian terbaru bapanya, Ahmad Safiuddin, dan isteri menerima ujian yang diberikan ini walaupun mengakui ada ketikanya pernah merasa ‘down’ dengan nasib yang menimpa anaknya.

Moga kedua ibu-bapa Ainul tabah dan terus diberikan kekuatan menghadapi segala ujian ini. Doa kami seluruh rakyat Malaysia agar adik Ainul kembali sihat seperti sediakala. Amin!

Allah dah lama angkat sakit ainul ke langit.

Yang Allah nak uji sebenarnya adalah ibu bapa ainul dan orang sekelilingnya. Mana mungkin Tuhan yang memegang Zat kasih dan sayang menyakiti hamba-hambaNya yang tidak tahu apa apa.

Allah boleh pilih sesiapa sahaja untuk terima ujian ini, dan Allah telah pun memilih ainul dan kami untuk terima ujian ini. Sebab apa?

Sebab Allah tahu, ainul dan kami mampu. Selari dengan kemampuan dan daya kami. Tipu lah kalau tak pernah d0wn.

Kadang-kadang cmburu tengok orang lain. Tengok byi seusia ainul boleh makan minum dengan normal, ada yang dah belajar nak berjalan dah pun. Selalu letak dalam fikiran bahawa Allah nak bagi benda lain kepada kami.

Tahukah kalian, hari ini Allah yang Maha Baik itu masih berikan kami peluang menjaga dan berbakti kepada ainul? Dan, itu adalah nikmat paling terbesar kami sebagai ibu bapa yang muda dan baru memiliki anak pertama.

Pesan pada diri, Orang lain mungkin ada apa yang kita tak ada. Dan kita ada apa yang orang lain tidak ada.

Antara Komen netiizen.

Setiap kali pandang anak ni.. Inshaa Allah doa aku panjatkan moga Allah permudahkan urusan doktor utk merawat Ainul.. Kuatkan diri Ainul.. Kuatkan semangat ayah ibu ainul.. Sb aku rasa pasti ramai yg akan buat sama.. Dan lebih ramai sama berdoa setiap kali teringat Ainul Allah pasti jawab doa salah satu antara kita.. #DoaBuatAinulMardhiah

Kagum dgn parents ainul ni. Walaupun ainul sakit (semoga Allah sembuhkan sakit dia lepas balik dri UK nanti), tapi dri setiap gambar, raut wajah parents ainul sentiasa lembut, bercahaya & redha dgn ujian ni. Sentiasa tersenyum. Nampak yg pasangan ni sentiasa positif. Tak nampak raut kesedihan mahupun kesusahan.

Xpnah xbrdoa untk adik ainul ni..bile trbace psal adik ainul,msti trus brdoa..smoga adik ainul trus kuat,dn cpt sihat..

Yg ney aku komen walaupun bukan top fan . Moga adik ainul sihat mcm biasa , amin.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul .. semoga di permudahkan segala urusan adik ainul, tiap kali baca pasal adik ainul mst sebak.

Sumber : Ahmad Safiuddin / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *