Amyra Rosli Terkejut Amar Baharin Jadi Pemandu Gr4b Food

Kisah yang melucukan tetapi manis ini dikongsikan oleh pelakon Amar Baharin di youtube sehingga ia menjadi tul4r. Dalam video tersebut, Amar telah merancang untuk menghantar makanan kepada isterinya Amyra Rosli yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur 2.

Namun apa yang menarik, Amar telah memilih untuk menunggang motosikal sendiri dengan menyamar sebagai pemandu Grab Food. Isterinya, Amyra Rosli sendiri tidak menyangka suaminya mendapat idea sebegitu untuk mengenakannya di hadapan krew-krew penggambaran.

Ramai yang memuji sikap romantik Amar dan Amyra malah sehingga artik3l ini ditulis, video berdurasi 6 minit 22 saat ini mendapat jumlah tontonan sehingga 14 ribu dalam masa dua hari. Sumber dari hangat

Penonton mahu Nur balas d3ndam. BAGI memastikan drama Nur 2 yang bakal dihasilkan mampu menarik perhatian penonton, pelakon utamanya Amyra Rosli mengambil inisiatif mendapatkan pandangan penonton membabitkan watak Nur, menerusi Instagram.

Amyra yang di hubungi hari ini memberitahu, idea itu datang dari penerbit dan pengarah Nur sendiri, Shahrulezad Mohameddin yang mahu melihat pandangan dan cadangan daripada penonton setia drama Nur untuk Nur 2. “Saya faham apabila drama Nur 2 ditayangkan kelak, pastinya ada yang memberikan kom3n, dan membuat perbandingan jalan cerita antara Nur dan Nur 2.

“Tidak kurang juga nanti ada yang berkata, watak dan jalan ceritanya klise. Tapi Ezad ada memberitahu saya bahawa, yang dikatakan klise itulah sebenarnya realiti kehidupan, dan itulah yang produksi Nur 2 mahu lakukan agar ia dekat dengan penonton,” katanya.

Menceritakan lanjut membabitkan cadangan dan pandangan yang diberikan peminat setakat ini, kata Amyra, selepas episod akhir yang menunjukkan Nur kembali kepada Ustaz Adam selepas dipujuk, untuk Nur 2 ini mereka mahu melihat mereka kembali bersatu dan memiliki cahaya mata.

“Tidak kurang juga ada yang mahu agar Nur, berubah watak dengan menjadi lebih tegas dan membalas dendam kepada ahli keluarga Ustaz Adam yang menganiaya dirinya sebelum ini,” katanya. Apa yang lebih membuatkan Amyra berasa terharu apabila ada pelakon senior dan lebih berpengalaman turut memberikan idea menerusi Instagram.

“Saya tahu semua kom3n terbabit telah pun dibaca oleh Ezad, dan pastinya semua cadangan dan kom3n diberikan itu akan diambil kira. “Saya pula menyerahkan segalanya kepada pengarah. Tidak mahu memberatkan diri dengan memikirkan ke mana arah tuju watak Nur dalam Nur 2 itu nanti. Saya sendiri mengharapkan kejutan dari pengarah membabitkan watak Nur,” katanya. Sumber dari hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *