Anak sulung hebat diuji, bapa luahkan sokongan buat Bella Astillah

Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercer4i petang tadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sah bercer4i dengan Aliff Aziz. Bella Astillah telah memaklumkan bahawa dia dan Aliff sudah pun berpisah menerusi Instagramnya selepas segala urusan di mahkamah selesai.

Kekecew4an terhadap suaminya nyata tidak dapat dibendung lagi apabila Aliff berlaku cvrang berkali-kali terhadap dirinya walaupun sudah mempunyai seorang zuriat berusia 2 tahun.

Susah senang hanya keluarga yang tahu. Sedar akan der1ta yang ditanggung oleh Bella, bapa Bella iaitu Agastillah telah memuat naik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dalam menghadapi dugaan mencabar ini.

“Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak…” – Ujarnya.

Keluarga adalah nombor satu
Menerusi muat naik tersebut juga, para kenalan dan juga teman rapat keluarga Bella Astillah turut mendoakan agar wanita itu sentiasa kuat dan bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

Kami tak putus doakan Bella

Jangan layan komen2 negatif…

Semoga Allah mengetahui niat Bella

Sumber: Agastillah

Artikel berkaitan ‘Maafkan saya Bella’

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pelakon Aliff Aziz, 28, sah bercer4i talak satu dengan penyanyi Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sebentar tadi.

Hakim Mahkamah Syarie, Izzat Syazli Mushid yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan pelantun lagu Pupus berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang juga merupakan cucu sulung buat keluarga Bella dan Aliff.

Sementara itu, Aliff dalam kenyataannya berkata, isterinya Bella sudah memberikan yang terbaik dan banyak berkorb4n terhadap dirinya sejak lima tahun yang lalu.

“Saya dengan Bella sudah pun bercer4i dengan izin mahkamah sebentar tadi. Secara jujurnya, saya hilang kata-kata. Saya manusia biasa, saya tak mahu mencari alasan apa-apa. Bella dah berikan yang terbaik sejak saya mengenalinya lima tahun yang lalu. Mungkin Allah nak tunjukkan pada saya untuk perbaiki diri.

“Saya minta maaf kepada semua terutama Bella dan keluarga, apa yang terjadi di dalam mahkamah tadi pun saya masih belum dapat terima,” luah Aliff dengan nada sedih.

Pada masa yang sama, Aliff turut memohon orang ramai memberi ruang kepadanya untuk memperbaiki diri dan mengakui itu juga nasihat terbaik yang telah Bella berikan kepadanya.

“Saya mahu muhasabah diri dan menjadi insan yang lebih baik. Selebihnya saya serahkan pada Allah. Untuk Bella saya mohon maaf dari hati kecil saya. Bella banyak berk0rban dari hari pertama, jaga makan pakai, kerjaya, jaga anak dan sejujurnya saya masih sayangkan Bella dan anak.

“Apa yang berlaku ini adalah di luar kawalan saya,” kongsi Aliff ketika ditemu bual media sejurus proses mahkamah selesai. Sumber utusan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *