“Arrian Anak Kandung Bukan Anak Angkat” Pengakuan Fatin Afeefa

Baru-baru ini pelakon, Fateen Afeefa ada muat naik gambar di Instagram bersempena ulang tahun kelahiran anaknya, Adam Aisy Arrian yang keenam.

Entri tersebut mengundang persoalan ramai pihak yang keliru dengan status anaknya itu sedangkan Fatin hanya mengumumkan mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Adam Shahz beberapa tahun lalu.

Namun begitu, menerusi ruangan komen entri tersebut, Fatin akhirnya mendedahkan anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun itu adalah anak kandungnya dan bukanlah anak angkat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Katanya, anak tersebut adalah hasil perkahwinan pertamanya yang sengaja tidak diheboh-hebohkan sebelum ini.

“Arrian is from my first marriage which I don’t want to share with public (well noe the public knows, thanks to you) You can say whatever you want. I know the truth, Allah know the truth. May god bless you.

“Do your math la girl. Arrian is from my first marriage (i didn’t publicise), Arra from my second marriage (publicised). Wow you’re an expert about my life i see, Im amazed,” jawabnya.

Jelas pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu, dia tidak kisah apa yang ingin diperkatakn sesetengah pihak kerana menyifatkan Allah tahu tentang segalanya.

Foto: Instagram Fatin Afeefa. Sumber : Media Hiburan

Artikel berkaitanAdam, ‘Fatin bercer4i bukan kerana orang ketiga’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Shahz, menafikan kehadiran orang ketiga sebagai punca percerai4nnya dengan bekas isteri, Fatin Afeefa, 22. Katanya, beliau sedar ramai yang beranggapan dirinya menjadi pvnca kepada perpisahan dengan pelakon terbabit berikutan gara-gara perbuatannya sebelum ini membalas mesej seorang wanita.

“Saya faham, sebelum ini rumah tangga kami pernah bergolak gara-gara isu saya membalas mesej seorang wanita. Demi Allah, di pihak saya, tiada orang ketiga.

“Kenyataan ini perlu juga dibuat bagi menjelaskan situasi kami yang sebenar, agar tiada lagi pihak yang bertanya. Orang tvduh saya macam-macam, kononnya sayalah pvnca rumah tangga kami berkecai.

“Apa yang saya boleh katakan, keretakan ini berpunca daripada pergaulan kawan. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Lagipun kami berbaik dan masih lagi keluar bersama demi anak-anak. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain untuk membesarkan mereka,” ujarnya.

Bercakap kepada BH Online, pelakon itu mengesahkan dirinya sudah menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Adam, 35, berkata Fatin memfailkan percer4ian pada 15 Mei lalu selepas berasakan mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman sebagai suami isteri.

“Pada mulanya, kami tinggal berasingan sejak Januari lalu kerana mahu berpindah rumah. Ketika itu kami masih baik. Kebetulan pula masing-masing sibuk dengan kerja.

“Tiba-tiba, apabila kami berjumpa, dia (Fatin) memberitahu dirinya tidak boleh lagi bersama saya dan memohon percer4ian. Saya anggap, mungkin kerana dia tertekan dengan kerja, saya berikan dia masa dan bawa anak kami pulang ke kampung.

“Dua hari selepas itu, dia menghantar pesanan menerusi WhatsApp meminta saya menghadirkan diri ke mahkamah. Pada malam itu saya menunaikan solat istikharah dan Allah tunjukkan jalan pada saya. Saya reda dengan ketentuan ini,” katanya sambil mengakui kini lebih berhati-hati dalam soal pergaulan.

Terdahulu, Adam menafikan dakw4an isterinya memfailkan permohonan cer4i selepas dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung. Jelas Adam ketika itu, mereka tidak tinggal bersama berikutan dalam proses berpindah rumah.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2. Sumber bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *