Baca ‘Doa’ Macam Ustaz, Untungla Fasha Sandha Dapat Suami Pakej Lengkap, Aidil Dipuji N3tizen

“Mcm Ni Semua Perempuan Idamkan..”-Baca ‘Doa’ Buat Keluarga, Tindakan Aidil Dipuji! Sejak kebelakangan ini, kehidupan selebriti Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz menjadi perhatian peminat di laman Instagram.

Terbaru pula, Fasha berkongsi rakaman video suaminya sedang membaca doa buat ramai orang disekelilingnya sehingga ia dipuji ramai yang mana dikatakan n3tizen, Aidil suami yang baik buat pelakon cantik ini.

Suami, dan keluargaku tersayang

Malah diruangan kom3n, rata-ratanya memberikan respon positif selain mendoakan perkahwinan pasangan ini. Apapun, ramai yang memuji tindakan Aidil menerusi video tersebut sehingga kini ia meraih lebih 26 ribu likes.

Waa.. hebatnya. Bagi netizen juga, lelaki seperti Aidil menjadi idaman perempuan diluar sana kerana dapat membimbing isteri. Antara k0meo- k0men n3tizen :

Alhamdulillah dh la hensem , baik untung fasha .. tgk perkahwinan ke2 lebih bermakna .. sama mcm sy so sape2 ingat Mak jan x boleh bahagia hadam ni .. percer4ian pertama bkn la kegelapan ..

Rupa nya allah nk bg yg terbaik buat mu kak @fashasandha ..percayalah setelah hadir nya hujan pasti akn ada pelangi yg akn mewarnai kehidupan kita..semoga kekal hingga akhir hayat

Alhamdulillah.. moga menjadi keluarga yg bahagia hgga kepenghujung nyawa dan mdapat ank2 yg soleh dan solehah buat fasha n Aidil

Hebat abg aidil baca doa.. Mcm ni la semua perempuan idamkan.. Suami yg bleh bimbing kite.. Aamiin

Sumber: Fasha Sandha

Artikel berkaitan ‘Aidil, Fasha sah jadi suami isteri’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha, 35, selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz dengan sekali lafaz. Pasangan selebriti berkenaan difahamkan bernikah di kampung halaman aktres itu di Perlis, sebentar tadi. (30 march 2019)

Majlis berkenaan turut dikongsi Instagram TV3 Malaysia. “Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri. “Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulis penjaga akaun laman sosi4l itu.

Majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan, bulan depan. Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu.

Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha. Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *