Bagai pinang dibelah dua, sedondon dan serba kuning syafiq farhain dan baby shima naik pelamin

Selepas persembahan yang bertenaga antara Syafiq Farhain dan Baby Shima di pentas Big Stage satu ketika dulu menjadi bualan para peminat mereka, kali ini, dua artis yang sedang meningkat naik telah digandingkan dalam lagu terbaru yang masih belum dikeluarkan bertajuk Manis Manis Cinta.

Semestinya peminat-peminat mereka berdua amat mengetahui bahawa Syafiq dan Baby Shima mempunyai hubungan yang rapat kerana pernah berentap diatas satu pentas. Hubungan mereka masih lagi akrab sehingga kini walaupun pertandingan nyanyian tersebut sudah lama melabuhkan tirai.

Aduhh manis sekali…

Semalam, artis yang mesra disapa abang bomba itu telah memakai pakaian pengantin sedondon dengan Baby Shima telah menarik perhatian netiz3n. Menulis kapsyen ‘manis-manis cinta’ di muat naik tersebut, ruangan Instagramnya telah sesak dengan komen para peminat wanita yang patah hati.

Shooting rupanyaaa…

Namun begitu, Baby Shima turut memuat naik gambar yang sama dan memberitahu bahawa baru selesai pengambaran untuk MV lagu terbaru mereka berdua yang bertajuk Manis Manis Cinta. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi artis muda ini kelihatan sangat sepadan dan seolah-olah seperti raja sehari.

Bagai pinang dibelah-belah!

Bagai pinang dibelah-belah. Netizen telah menurunkan komen diruangan Instagram mereka dengan memuji kesepadanan Syafiq dan Baby Shima di dalam gambar. Ada juga secara berseloroh mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

Ingat majlis baru selesai..

SUMBER : Ohmymedia

Soal Jodoh Tidak Usah Risau, Tuhan Telah Sediakan Yang Terbaik..

Perkara kelahiran, rezeki, hidup, pemergian mahupun jodoh merupakan misteri serta takdir Tuhan yang tak boleh diramal begitu saja. Walaupun kita sudah berusaha keras dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dari itu semua, ketetapan Tuhan tetaplah segala-galanya. Sementara, kita harus sentiasa menerima dengan perasaan ikhlas serta berlapang dada.

Bila berbicara mengenai takdir khususnya jodoh, nampaknya perbincangan ini akan sangat panjang dan seolah tiada kesudahan. Ya, jodoh. Suatu perkara yang begitu dinantikan ramai khususnya yang masih membujang atau single.

Walaupun banyak dari kita yang masih membujang mengatakan “Aku bahagia sendiri atau aku rasa selesa sendiri,” saya yakin bahawa dalam hati yang paling dalam tersimpan rasa rindu teramat dalam dan berharap bahawa si jodoh akan segera datang.

Apalagi, ketika sahabat telah bertemu jodoh atau pasangan masing-masing. Juga, ketika orang sekitar sentiasa bertanya “Bila nak cari teman lelaki? Bila nak menikah? Bila abah dan ibu boleh bertemu calon menantu?”

Jujur saja, hal ini tentu akan membuat rasa resah, memikirkan mengenai jodoh membuat rasa lebih gundah. Jika sudah mula gundah gulana akan datangnya jodoh, tenangkan hati dan percaya bahawa Tuhan telah siapkan rancangan yang terbaik.

Tak Bertemu Jodoh Bukan Bermakna Tak Laku, Tapi …

Bunyi kata-kata ini cukup kasar, tapi, kalau kita ambil sisi positif, memang ada kebenarannya. Seseorang yang belum juga bertemu jodoh belum tentu dia tidak laku atau tiada yang mahu berkahwin dengannya.

Seseorang tersebut memang belum berfikir untuk serius berumah tangga kerana masih ada tanggungan lain seperti menyelesaikan pendidikannya, mendapatkan pekerjaan yang layak atau kerana dia memang sedang ingin berjuang untuk ibu bapa terlebih dahulu.

Seseorang yang belum bertemu jodohnya juga ada yang mempunyai impian yang masih ingin dicapai sebelum benar-benar memutuskan untuk melepas masa bujangnya. Boleh juga, sedang memilih seseorang yang benar-benar sesuai dengan kata hatinya dan fikiran dengannya.

Ya, kadang-kadang untuk mencintai boleh dipelajari, bukankah mencintai akan sangat membahagiakan bila tumbuh secara misteri tanpa disedari?

Setiap Orang Pasti Akan Bertemu Jodohnya.

Bila dan di mana pun itu, setiap orang pasti akan bertemu dengan jodohnya. Jika memang tak bertemu di dunia, mungkin Tuhan telah siapkan jodoh terbaiknya di Syurga nanti. Tugasmu memantau diri, agar kelak bertemu yang tak saling menyakiti.

Buat kamu yang masih single, tugasmu ketika ini adalah memantau diri. Memantaukan diri sendiri dari segi memperbaiki sikap, belajar lebih banyak mengenai semua hal terutama yang berkaitan dengan hati agar kelak si jodoh dipertemukan dan disatukan dalam hubungan perkahwinan, kalian berdua akan sentiasa membahagiakan dan tak pernah sanggup untuk saling menyakiti apalagi mengkhianati.

Tuhan telah berjanji bahawa seseorang yang baik, maka dia juga akan digandingkan dengan pasangan yang baik pula. Gunalah masa yang ada sekarang dari banyak mengeluh, merana dan gundah gulana, alangkah baiknya jika masa-masa itu dinikmati dan menjadi lebih bermanfaat. Kelak, ada masa di mana kita akan dipertemukan dengan jodoh kita.

Ada masa di mana kita akan berjuang bersama, menggapai cita bersama dan membina keluarga bahagia. Sentiasalah senyum untuk menyambut datangnya jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya dan terimalah dia dengan perasaan tulus ikhlas kerana-Nya.

SUMBER : Baituljannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *