Bakal timang anak lelaki, Ini Janji PU Abu terhadap anaknya yang bakal dilahir kan Nanti.

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan menjelaskan dia tidak akan sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak yang bakal dilahirkan meskipun sudah bercer4i dengan Ain ‘Afini Latif.

Malah, dia yang dijangka menimang cahaya mata lelaki pada 10 Julai ini juga berjanji untuk mengutamakan segala keperluan bayi tersebut.

“Sejujurnya saya tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak saya nanti. Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah.

“Anak itu darah daging saya, kemana sahaja dia pergi, d4rah saya tetap mengalir dalam tubuhnya.

“Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan perlukan saya,” katanya.

PU Abu menjelaskan tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Dalam pada itu PU Abu memberitahu hubungan dia bersama Ain Afini berserta keluarga mertua kini dalam keadaan baik.

“Jika saya berjumpa dengan ayah Ain, kami berpeluk. Dengan Ain juga saya bersembang seperti biasa.

“Cuma saya minta orang ramai untuk menghormati bekas isteri saya itu.

“Saya tak mahu tambah tekanan kepada Ain,” katanya

PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mohd Mokhtar, 25, dan Ain ‘Afni Latif, 23, bercer4i di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu lalu.

Ain dijatuhkan dua talak kerana mereka pernah bercer4i sebelum ini namun rujuk semula. Sumber mstar

Artikel berkaitan: Jatuh tal4k 2… PU Abu dan isteri sah cer4i selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

KONFLIK perceraian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan isterinya Ain ‘Afini Latif berkesudahan dengan jatuhnya tal4k dua walaupun pada mulanya mahkamah memutuskan percer4ian mereka tidak sah.

Ia berikutan apabila PU Abu, 25, dan isterinya berpatah balik ke mahkamah semula ketika dalam perjalanan pulang selepas prosiding pada pagi Rabu bertujuan mengemukakan fakta tambahan bagi menyokong perceraian mereka.

“Ketika hakim buat keputusan (pencer4ian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan pencer4ian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” katanya ketika dihubungi mStar.

PU Abu bagaimanapun enggan berkongsi kenyataan tambahan itu yang dikemukakan kepada mahkamah.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

“Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercer4i,” katanya.

Tambah PU Abu atau nama sebenarnya Mohamamd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, bukti perceraian dia dan Ain ‘Afini, 23, hanya dapat dikongsi selepas memperoleh dokumen sah dalam tempoh sebulan daripada tarikh perceraian mereka didaftarkan pada Rabu.

Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana. AIN ‘AFNI BEKAS ISTERI ABU SUFYAN

Sementara itu Ain ‘Afini ketika dihubungi mStar bagi menjelaskan kekeliruan itu mengesahkan mengenai maklumat yang disampaikan bekas suaminya itu.

“Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.

“Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.

“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keputusan penceraian itu dilakukan oleh Hakim Syarie Mohd. Hairuddin Ab. Rahim.

Mahkamah mensabitkan lafaz tal4k pada penghujung Mac 2019 adalah sah dengan tal4k satu, kali kedua berjumlah dua talak secara talak rajie.

Defendan (Ain ‘Afini) diperintahkan beriddah sehingga melahirkan anak.

Ain yang kini hamil tujuh bulan dijangka bersalin pada 10 Julai depan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu memutuskan lafaz cerai PU Abu terhadap Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cer4i melalui aplikasi yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam penghakiman memutuskan lafaz cer4i dilakukan itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah dan perlu bersumpah.

Pada 28 Januari lalu, pasangan ini telah bercer4i tal4k satu dan rujuk semula kira-kira sebulan kemudian.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cer4i menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *