‘Bangun Pagi2 Pun Dah Cantik’ Kongsi F0to Baru Bangun N3tizen Puji Kejelitaan Bunga Cinta Lestari

Terbaru, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. Menariknya, Bunga Citra Lestari atau sinonim dengan panggilan BCL telah berkongsi satu ketika dia selepas bangkit dari tidur.

“Happy Monday guys! #bungacitralestari”tulisnya. Lantas, foto yang dikongsi oleh isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair itu telah mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji wajah BCL yang kelihatan cantik walaupun baru sahaja bangun dari tidur. Memang cantik wajah BCL walaupun sekadar bangun tidur. Cemburu betul! Sumber MH

Artikel berkaitan ‘Selepas 10 Tahun, Ashraf Sinclair Minta Bunga Citra Lestari Cakap Bahasa Melayu’

Selepas 10 tahun menetap di Indonesia, pelakon Ashraf Sinclair meminta isterinya, Bunga Citra Lestari bercakap dalam bahasa Melayu. Ashraf berkata, dia sudah tidak bercakap bahasa Melayu sejak tinggal di Indonesia dan kini dia perlu belajar semula untuk kembali fasih.

“Bayangkan, 10 tahun saya tidak ada rakan-rakan yang bertutur dalam bahasa Melayu sehingga saya terpaksa berfikir setiap kali sebelum bercakap. Mungkin akan ada yang cakap saya mengada-ngada tetapi bayangkanlah kalau anda beli barang dan tidak menyentuhnya selama 10 tahun, lama-kelamaan ia akan berkaratkan?

“Begitu juga saya…’skill’ saya untuk bercakap bahasa Melayu dengan lancar sudah hilang,” katanya ketawa. Ashraf ditemui Astro Gempak ketika sedang menjalani penggambaran drama mini bersiri berjudul Do[s]a, di Meru, Klang.

Tambah Ashraf, bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih memandangkan selama ini dia berlakon sinetron dan menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya.

“Dalam Do[s]a, saya membawa watak seorang pemuda Malaysia bernama Fuad dan sudah tentu saya perlu bertutur dialek Kuala Lumpur dengan lancar. Saya tak nafikan, kadang-kadang tersasul juga dan itu menyebabkan saya berfikir dahulu sebelum deliver dialog.

“Tetapi tidak mengapa kerana itu adalah cabaran buat saya dan daripada cabaran itulah saya berjaya cipta karakter Fuad,” ujarnya. Dalam pada itu, Ashraf bersyukur kerana isterinya Bunga sering memberi semangat dan selalu positif dalam membantunya.

“Apabila saya minta Bunga bertutur dalam bahasa Melayu, dia faham dan membantu. Malah, kami akan bertutur dalam bahasa Inggeris kerana tidak mahu fokus saya hilang.

“Maklum sahajalah, walaupun kita serumpun tetapi cara dan gaya pemikiran serta dialek kita tidak sama. Jadi untuk mengelakkan saya ‘terlupa’ lebih baik kami terus bercakap bahasa Melayu,” katanya.

Selain Ashraf, pelakon yang turut membintangi drama mini siri Do[s]a ialah Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid, Reuben Elishama, Shenthy Feliziana (bekas pengacara HLive!) dan ramai lagi.

Do[s]a diarahkan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah. Drama mini siri Do[s]a sudah mula menjalani penggambaran sejak Jun lalu dan dijangka menemui para penonton di Astro tidak lama lagi. Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *