Bau Keti4k Lelaki Penawar Stres, Mampu Ceriakan Wanita

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tak dapat nak lari dari masalah dan uj1an. Kadangkala masalah dalam kehidupan kita boleh menyebabkan stress. Bahayanya stress boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang pun boleh terjejas. Bunyi macam pelik, tapi menurut satu kajian, bau keti4k lelaki mampu menghilangkan stres bagi wanita.

Kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan h4id bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau keti4k lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, wangian semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama kemudian, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh keti4k lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan dapat membuatkan wanita menjadi kurang stres. Jika anda stres, terutama golongan wanita, bolehlah cuba cium bau keti4k lelaki pasangan anda.

Pastikan anda tidak pengsan tau! Sumber dari aliffchannel. Manakala dari segi saintifik stress atau tekanan adalah tindak balas emosi,fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan. Stress juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.

Sekiranya anda mengalami stres, anda boleh menjejaskan kualiti hidup. Ia akan memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan akan turut terkena kesan dengan situasi stress anda. Apa yang anda perlu buat ialah cuba tangani stres dengan bijak dan teratur. Bahayanya stres kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simtom-simtom yang tidak baik untuk tubuh badan kita.

Ini antara kesan yang dibawa oleh kerana tidak pandai mengurus stress dengan baik. Pertamanya, sistem imun menjadi lemah. Stress yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Stress yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

Dan kedua ialah berkemungkinan mendapat penyakit jantung (kardiovaskular). Stress boleh menyebabkan terganggunya sisterm arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung, sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah d4rah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat. Sumber dari jobkartel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *