Bercer4i Dengan isteri Demi nikahi j4nda lain, PU Abu meng4ku serabut di Tanah Suci

Hari ini kecoh di laman media sosi4l apabila penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu did4kwa mencer4ikan isterinya untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu. Kisah yang dided4hkan bekas isterinya, Ain Afini itu mengundang perhatian ramai n3tizen yang kasihan terhadap dirinya apatah lagi kini sedang berbadan dua.

Ain Afini :

Namun rata-ratanya meng3cam tindakan PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi kerana sanggup meninggalkan isteri dan anak dalam kandungan demi wanita lain.

Janda anak satu :

Apatah lagi membawa gelaran sebagai pendakwah, penampilan berkopiah dan berjubah disifatkan tidak bersesuaian dengan tindakan yang dilakukannya.

Ingatkan drama je, realiti pun ada!

Zaman sekarang ni semua tak boleh percaya

Acah2 alim ni bahaya sikit…

Menerusi tinjauan di laman Facebook milik PU Abu, lelaki berusia 25 tahun itu ada memuat naik beberapa posting sepanjang berada di Tanah Suci seolah-olah meluahkan perasaan terhadap situasi yang berlaku.

Manusia dicipta dalam pelbagai keadaan

“So kalau kita ada problem ke, serabut ke, down ke, nak move on ke tak kira apa pun masalah yang kita hadap solat je,”

Teruskan senyum walaupun…

“Terkadang Allah mentakdirkan sesuatu tidak menampakkan hikmahnya sehingga satu hari datang yang menjentikkan hati,”

Ummi tempat mengadu

“Ummi, Cian (nama panggilan) harap boleh jumpa ummi dekat syurga nanti, banyak benda nak story dekat ummi,”

Terdahulu, peserta kelahiran program PU musim ketiga itu melafazkan pencer4ian menerusi mesej di aplikasi WhatsApp setelah bekas isterinya tidak bersetuju untuk berp0ligami.

Sumber : PU Abu via omm

Artikel berkaitan HUKUM MENCER4IKAN ISTERI KETIKA HAMIL

Soalan:

Adakah jatuh talak yang dilafazkan ketika isteri dalam keadaan hamil? Dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Majoriti ulama mengharuskan talaq isteri sewaktu dia sedang hamil. Tsabit satu hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا

Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.

Sahih Muslim (1471)

Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu haramnya talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadith ini berkata, hadith ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya, dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e. Ibnul Mundzir berkata, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid. Namun Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang mengharamkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65) Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4)

Talaq sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talaq yang bukan sunniy, dan bukan bid’iyy, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92)

Namun demikian jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talaq bid’iy. (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khathib 3/505)

Namun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil. Dan iddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT berikut ini:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

Maksudnya: Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka.

Surah al-Thalaq (4)

Manakala dari sudut perundangan, sekiranya isteri diceraikan ketika dia sedang hamil maka dia juga layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.[1]

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpegang kepada pendapat majoriti ulama, bahawa hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak haram dan tidak juga makruh.

Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekaligus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri.

Begitu juga kami tegaskan, sebarang urusan berkaitan perceraian hendaklah dirujuk kepada mahkamah Syariah sebagai pemegang kata putus dan selaku pihak yang berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam.

Wallahu a’lam. Sumber http://muftiwp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *