Bergadai Jual Kereta Hanya Beralas Sehelai Toto demi Anak Di NICU, Isteri Kenang Saat Susah Bersama Fad Bocey

Setiap pasangan dan keluarga pasti pernah menghadapai saat-saat sukar sebelum senang. Termasuklah pasangan selebriti Fad Bocey dan isteri. Jom baca kisah mereka di artikel bawah. Semoga mereka akan terus sukses dan bahagia hingga jannah.

“Bergadai Jual Kereta Sebab Nak Bayar Bil Anak-Anak & Duduk Dalam Rumah Beralaskan Sehelai Toto” – Isteri Imbau Kenangan Susah Bersama Fad Bocey

Isteri kepada penyampai radio ERA dan pelawak kumpulan Bocey, Fad, Nur Syahirah berkongsi kisah susah dan senang bersama suaminya sepanjang empat tahun bersama. Menerusi entri di Instagram (IG), Syahirah bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sanggup berkorban untuk keluarga.

“Thank you for the dinner. Happy anniversary. 4 tahun mungkin angka yang kecil tapi dalam 4 tahun macam-macam yang jadi. Susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah macam yang orang tengok.

“Kita pernah kat tahap yang susah, anak-anak kena stay dalam nicu, bergadai jual kereta sebab nak bayar bil anak-anak, kita duduk dalam rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja.

“Hari demi hari, sebab tu kita orang percaya rezeki anak-anak. Alhamdulillah Hayyan Zayyan memang bawak rezeki besar. Sama jugak Aminah. Hadirnya anak-anak ni memang akan bawak satu nikmat yang besar.

Selagi ada selagi mampu, kita sama-sama jaga keluarga kita. Doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tak macam perempuan lain, mommy selalu marah kalau bab kerja, mommy selalu bising apa yang berkaitan dengan tugas awak tapi tak ada benda lain selain nak tengok semuanya sempurna.

“Terima kasih daddy korbankan banyak benda untuk kita orang. Terima kasih jugak atas hadiah yang paling besar yang tak mungkin mommy lupa sampai bila-bila. You work hard for that! HAPPY ANNIVERSARY,” tulisnya.

Rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka sekeluarga. Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan. Sumber gempak

Bukan artis atau selebriti yang kita kenal terus kaya raya. Ada yang berusaha dari bawah sebelum mengecapi kejayaan dia kemudian hari. Pengajarannnya kita juga perlu la berusaha jika hendak berjaya dan jangan ingat bila kita senang kita bermegah. Bantulah yang memerlukan. Sekian panjang lebar admin nk sampaikan kepada anda dan peringatan untuk admin sendiri. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *