Bermalasan Ialah Petanda Seseorang Memiliki IQ Yang Tinggi

IQ sering disebut sebagai pengkur kepada tahap kecerdasan seseorang. Mereka yang mendapat mata tinggi dalam ujian IQ dianggap sebagai genius dan mempunyai masa depan cerah. Adakah dakwaan ini benar? Intelligence quotient adalah istilah penuhnya. Ia mengukur potensi seseorang dalam membuat sesuatu pertimbangan.

Dalam bahasa lain, ia melihat bagaimana seseorang itu mampu menggunakan maklumat serta logik untuk menjawab persoalan dan membuat jangkaan. Memori dan potensi menyelesaikan teka-teki juga mungkin diambil kira.

Markah purata adalah antara 85 hingga 114. Ujian banyak boleh didapati secara atas talian di internet. Mungkin ada golongan atau ibu bapa yang begitu obses dengan IQ. Sebenarnya, adakah bacaan yang tinggi membolehkan mereka menjadi seperti Albert Einstein atau Stephen Hawking? Belum tentu. Terdapat banyak faktor lain yang menentukan nasib hidup seseorang selain tahap kecerdasan seseorang.Penyelidikan terkini mended4hkan fakta yang anda mungkin sukar untuk percaya.

Orang pintar memang malas dalam kehidupan seharian mereka. Penemuan kajian yang berpusat di Amerika Syarikat seolah-olah menyokong tanggapan bahawa orang yang mempunyai IQ tinggi lebih suka menghabiskan masa mereka dengan berfikir, bukannya secara fizikal.

Orang aktif mungkin lebih suka bergerak kerana mereka perlu merangsang minda dengan aktiviti luar – sama ada kerana mereka mahu ‘melarikan diri’ dari berfikir atau mereka mudah bosan. Untuk kajian ini, penyelidik dari Florida Gulf Coast University memberi ujian kepada seekumpulan pelajar. Mereka mengagih soal selidik yang meminta para peserta untuk menilai berapa banyak mereka bersetuju dengan beberapa kenyataan.

Sebagai contoh, “Saya benar-benar menikm4ti tugas menyelesaikan masalah,” dan “Saya hanya berfikir jika saya perlu melakukannya.” Penyelidik yang diketuai oleh Todd McElroy kemudian memilih 30 “pemikir” dan 30 “bukan pemikir” dari semua calon. Selama satu minggu, kedua-dua kumpulan menggunakan alat peranti di pergelangan tangan mereka.

Peranti ini membolehkan penyelidik dapat memantau pergerakan dan tahap aktiviti kedua-dua kumpulan. Hasilnya, golongan pemikir kurang aktif dalam seminggu berbanding dengan golongan bukan pemikir. Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Health Psychology edisi April 2017. Walau bagaimanapun, aktiviti kedua-dua kumpulan ini tiada beza pada hujung minggu. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan oleh penyelidik, seperti yang dipetik dari laman Independent.co.uk.

Jelasnya, penemuan itu menguatkan idea bahawa bukan pemikir mudah bosan dan perlu menghabiskan masa mereka dengan aktiviti fizikal, termasuk bersukan. Walau bagaimanapun, McElroy menggariskan impak negatif bagi orang yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal.

Beliau mencadangkan bahawa orang yang malas untuk bergerak, tidak kisah betapa pintar mereka masih perlu meningkatkan aktiviti fizikal untuk kesihatan badan mereka sendiri. Sumber dari Aliffchannel dan hellodoktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *