Bertuah, Raih Lebih Seratus Ribu Likes, Kata kata Wawa Sempena Birthday Aeril Menyentuh Hati

Sama cantik, sama padan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal diantara pasangan selebriti yang sangat terkenal malah sering menjadi tumpuan ramai apabila mereka acap kali memberikan pengaruh yang baik buat netiz3n. Tidak hanya bergelar sebagai pelakon, pasangan ini juga giat berniaga produk kecantikan milik mereka sendiri sehingga dijadikan contoh buat netiz3n untuk terus berjaya.

Selain sering berkongsi satu yang baik buat netiz3n, mereka juga dijadikan pasangan contoh kerana meskipun sudah dikurniakan dua orang anak namun Aeril dan Wawa tetap sahaja romantik sehingga kini malah itu juga merupakan tips kejayaan mereka untuk sentiasa menghargai satu sama lain. Sempena hari jadi suami tercinta, Wawa berkongsi ucapan doa buat Aeril dilaman Instagram sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.

“Happy birthday sayang..da 3 series da. Takpe u tetap nampak muda di mata i. Ya Allah berikan la Aeril kesihatan, kelapangan, panjang kan usia nya, limpah ruah kan rezekinya Amin ya rabbal alamin. Jom wish birthday Aeril. I love u sayang. Terima kasih atas segalanya.” Malah di Insta Story pula, Wawa sekali lagi mengucapkan terima kasih.

Ikhlas terima kasih buat Aeril yang bukan sahaja membahagiakan Wawa tapi turut membuatkan dia selalu dekat dengan Tuhan. Rata-ratanya membanjiri ruangan k0men apabila Wawa meminta agar pengikutnya seramai 2.5 juta untuk turut wish birthday suami tercintanya itu. Nak gak birthday wish camni.Sweet je. Sumber dari Wawa Zainal.

PELAKON Wawa Zainal hanya merasai nikmat berumah tangga yang harmoni dengan aktor Aeril Zafrel sejak setahun lalu walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia tujuh tahun. Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 27, turut mengakui sebelum ini dia sering mencari pasal dengan Aeril disebabkan sikapnya yang tidak matang namun sejajar dengan peningkatan usia dia mula belajar menghargai hubungan dengan suami.

“Selama hampir tujuh tahun berkahwin, jujurnya baru setahun ini yang betul-betul tiada bergaduh dan harmoni sahaja selalu. “Kalau dulu ada juga bergaduh sebab saya asyik cari pasal je. Mujur Aeril banyak bersabar dengan perangai ‘harimau’ saya tetapi pada masa sama saya belajar untuk menghargai dan tidak lagi menjadi harimau jadian,” tulisnya.

Wawa berkongsi tip kebahagian rumah tangganya di InstaStory.Wawa berkata demikian sebagai menjawab soalan rawak daripada peminat yang bertanya mengenai tip kebahagian rumah tangga menerusi fungsi pertanyaan di InstaStory.Aeril atau Suhairil Sunari, 30, dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 5, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3 tahun.

Perkahwinan itu agak kontrov3rsi kerana mereka menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, Wawa mengakui sejak mula menjaga keharmonian rumah tangganya, rezeki mereka suami-isteri semakin murah dan dipermudahkan pelbagai urusan. Bercakap mengenai Aeril, Wawa memberitahu dia seorang wanita yang beruntung kerana mendapat seorang suami yang bukan sahaja baik tetapi menjaga agamanya.

Kata Wawa lagi, dia seorang wanita yang bertuah dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. “Masya-Allah saya betul-betul bertuah dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. “Ya, saya gembira dengan kehidupan saya… Dapat seorang suami yang baik agamanya, baik perkataannya,” katanya. Sumber dari mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *