Bukan Salah Tok Ti, Ungkapan Aafiyah Anak Ibu ‘Menjadi-jadi’ Rupanya Ada Yang Kurang Senang

Panggilan manja Datuk Siti Nurhaliza (Tok Ti) kepada anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid baru-baru in menjadi popular dan sebutan di kalangan peminat penyanyi nombor satu negara itu sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa ianya mendapat perhatian yang berlebihan daripada media.

Sungguhpun panggilan tersebut merupakan sesuatu yang biasa bagi Tok Ti, namun kerana ajukan pengacara Sherry Alhadad semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 pada bulan lepas ianya semakin menjadi ikutan dan sinonim dengan Tok Ti.

Namun, ada yang merasa kurang senang dan merasakan yang ungkapan tersebut terlalu diperbesarkan dan menyalahkan Tok Ti bagaikan dia seorang sahaja yang mempunyai anak.

Kredit foto : Twitter

Seorang individu melalui akaun Twitter bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang seolah-olah menyalahkan Tok Ti ekoran tular nya panggilan manja Aafiyah itu.

“Masyarakat kita (netizen) semakin ‘sakit’ hari demi hari,” tulis individu tersebut di laman Twitter yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosi4l tersebut.

Kredit foto : Twitter

Berfikiran cetek sehingga mengambil perkara tersebut secara serius dan bukannya dalam konteks hiburan…

Kredit foto : Twitter

Bukan salah Tok Ti, media yang melebih-lebih..

Kredit foto : Twitter

Apa pun, sememangnya ianya bukan salah Tok Ti panggilan tersebut diperbesarkan dan menjadi. Namun, mungkin kerana intonasi dan lenggok Tok Ti semasa mengungkapkan panggilan tersebut unik dan keibuan, membuatkan ianya menjadi ikutan dan melekat di hati ramai. Sumber cari & twitter

Artikel berkaitan, ‘Aafiyah anak ibu’ tular

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyangka panggilan manja ‘Aafiyah anak ibu’ yang sering diungkap kepada puteri tersayang, Siti Aafiyah Khalid, menjadi viral dan popular dalam kalangan peminat.

Dengan lenggok dan suara keibuan Siti, ungkapan itu pantas ‘melekat’ di hati ramai. Malah, pelakon dan pelawak, Sherry Alhadad mengajuk panggilan manja itu ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, bulan lalu.

Bukti panggilan manja itu popular, majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah di sebuah hotel di sini, semalam, menjadikan ungkapan itu sebagai tanda pagar acara berkenaan.

Siti memberitahu, ungkapan ‘Aafiyah anak ibu’ baginya adalah panggilan biasa buat anak yang genap setahun, esok. “Saya tak sangka selepas Sherry mengajuk panggilan itu, ramai pula yang mengikutnya. Tapi saya fikir, ajukan itu keterlaluan.

“Rasanya, gaya panggilan saya biasa-biasa sahaja…. Sengaja mereka hendak kenakan saya. Tapi realitinya, memang begitulah cara saya panggil Siti Aafiyah,” katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah kemungkinan ungkapan itu mahu dijadikan sebuah lagu istimewa buat puteri tersayang, penyanyi Anta Permana ini belum terfikir melakukannya. “Idea yang bagus… Tapi saya tak terfikir pun. Mungkin saya patut menimbangkannya,” katanya.

Sementara itu, majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah bertemakan karnival dan taman permainan jelas menggambarkan kasih sayang Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap bayi comel itu.

Siti mengaku sudah lama berhajat mengangkat tema karnival bagi merayakan hari jadi Siti Aafiyah. “Tetamu juga dalam kalangan mereka yang memiliki anak sebaya. Selalunya, pada sambutan hari lahir si kecil, kanak-kanak yang paling suka.

“Jadi, ibu bapa boleh letakkan anak di sudut permainan di hadapan pentas utama. Usahkan ibu bapa, saya sendiri pun rasa seronok dan hendak bermain dengan anak-anak yang hadir,” katanya.

Pada majlis semalam, antara rakan artis yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Amyra Rosli, Fizo Omar, Jihan Muse dan ramai lagi yang rata-ratanya memiliki anak kecil. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *