CheTa terkeejut, Aaisyah tak heran pun dengan mainan ToyrUs, rupanya lebih suka pergi kedai emas

Anak dara pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, sememangnya menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, dengan keletah yang comel serta pandai bergaya telah membuatkan Aaisyah Dhia Rana begitu popular sekali!

Namun semalam menerusi muat naik di Instagram, Rozita Che Wan mendedahkan anak gadisnya lebih meminati pergi ke kedai emas, berbanding ke kedai permainan.

Tambahan pula, jika dilihat foto yang dimuat naik anak gadis Rozita Che Wan ini sememangnya amat suka berhias dengan aksesori emas. Rata-ratanya ramai yang memberikan maklum balas positif atas minat yang ditunjukkan Aaisyah. Mereka merasakan ia adalah suatu pelaburan yang terbaik. Sumber : Rozita Che Wan

Manakala ini pula artikel berkaitan hari raya bersama Che Ta bertajuk ‘Warna-warni Syawal Che Ta’

Che TA (tengah) bersama keluarganya. Dari kiri: Ammar Effendy, Zain, Aaisyah dan Aniq Ezzra beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Alor Setar, Kedah. Foto oleh FADZLI NORDIN

KHALAYAK mengenali pelakon dan pengacara bernama Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta sebagai seorang wanita yang sentiasa ‘bersiap’ lengkap dengan baju berlabuci dan berbulu mata palsu tidak kira di mana sahaja dia berada, hatta stadium, mahupun pasar malam.

Malah, Che Ta juga telah meletakkan sambutan raya ke tahap berbeza apabila dia biasanya menempah berpuluh-puluh pasang pakaian sedondon buat keluarga.

Disebabkan itu, saban tahun Che Ta pasti akan mengudang perasaan ingin tahu khalayak berkenaan jumlah pakaian yang digayakan sepanjang Aidilfitri.

Bagaimanapun ekoran sering menerima kecaman khalayak seperti dikatakan membazir, tahun ini Che Ta mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar pakaian raya yang telah ditempah.

“Saya tidak mahu berkongsi jumlah pakaian raya tahun ini kerana akan menjadi modal untuk netizen membuat kecaman. Cuma apa yang boleh dikongsi baju raya saya terdiri daripada pelbagai warna.

“Selain koleksi sendiri dan dihadiahkan oleh rakan-rakan, saya turut menempah daripada beberapa pereka fesyen tempatan seperti Rizman Ruzaini, Ezuwan Ismail dan Calvin Thoo. Kiranya penuh almari juga,” ujar Che Ta sambil ketawa.

Jelasnya, biarpun baju raya yang ditempah begitu banyak, tidak ada sehelai pun pakaiannya dibazirkan begitu sahaja. Sesuai dengan pekerjaannya sebagai seorang selebriti, pakaian tersebut bukan hanya digayakan pada sambutan raya dan rumah terbuka, tetapi juga majlis-majlis hiburan.

“Saya menempah banyak baju bukan sekadar ingin bergaya di pagi raya, tetapi untuk menghadiri majlis-majlis hiburan selepas itu. Saya juga akan menjual semula baju-baju tersebut dalam Instagram selepas memakainya supaya tidak membazir kerana hanya tersimpan dalam almari,” kongsi Che Ta.

Keluarga. Menyentuh tentang sambutan raya seperti kelazimannya, Che Ta akan beraya di rumah keluarga suaminya, pelakon Zain Saidin di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah pada raya kedua.

Selain berkumpul bersama tujuh adik-beradiknya, sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga mengadakan rumah terbuka di Kedah pada raya keempat.

“Alhamdulillah, tahun ini agak seronok sebab pada raya ketiga kesemua adik-beradik seramai tujuh orang berada di Alor Setar. Sebenarnya bukan senang untuk kami semua berkumpul sekali, selalunya pasti tidak lengkap.

“Sudah berkumpul memang riuh-rendah jadinya rumah kami. Namun, itulah nikmat beraya bersama keluarga, hari biasa semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tidak salah untuk saya beraya sakan kerana bukan selalu dapat berkumpul begini,” tutur Che Ta yang merupakan anak kedua daripada keluarga besar itu.

Karier. Tambah ibu kepada Ammar Effendy, 23, Aniq Ezzra, 21, dan Aaisyah Dhia Rania, 5, disebabkan kesibukan kerja raya tahun ini mereka sekeluarga tidak dapat bercuti panjang.

Kebiasaannya Che Ta yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu akan menggunakan kesempatan cuti raya untuk membawa keluarganya melancong sama ada di dalam atau luar negara.

“Tahun ini memang saya tidak sempat untuk pergi bercuti. Selepas sambutan raya saya akan terus masuk ke set penggambaran program Rasa,” tuturnya yang turut muncul dalam beberapa program raya seperti JKK Raya, Sepahtu Reunion Raya, Rasa Raya dan Diari Ramadan Rafique Reunion.

Biarpun mood raya masih lagi bersisa, sebaik habis bercuti Che Ta akan sibuk dengan urusan perniagaannya. Antaranya membuat perancangan koleksi baju raya pada tahun hadapan.

Berkemungkinan besar Che Ta akan berkolaborasi dengan platform perniagaan digital, Zalora dengan membawa jenama Rozitachewan.

“Saya tidak bercuti raya lama kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan. Selain sibuk dengan penggambaran program, saya sudah perlu membuat perancangan untuk koleksi pakaian raya tahun hadapan.

“Jika tiada aral, koleksi Rozitachewan akan berkolaborasi dengan Zalora. Saya akan menjual baju raya wanita, tudung dan baju Melayu. Doakan semua perancangan saya berjalan lancar,” tutur Che Ta menutup bicara. Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *