“Comelnya awak, mesti sejuk naik motor lepas hujan” Aksi comel bayi dipangku ibu di atas motor und4ng perhatian ram4i

Rupa paras yang menarik dan cantik serta tampan merupakan anugerah yang diberikan kepada setiap individu di muka bumi ini. Setiap persepsi indvidu mengenai keindahan dan kecantikan adalah berbeza-beza mengikut pemikiran masing-masing. Namun, beberapa gambar seorang bayi bersama ibu bapanya yang menaiki sebuah motorsikal telah viral kerana kecomelan yang dimilikinya di samping reaksi muka yang memikat hati.

Foto bayi tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ayu Shahida yang kebetulan kereta yang dipandunya sedang berhenti di lampu merah. Menerusi status yang dikongsikan oleh saudari Ayu Shahida di dalam laman Facebook, kelihatan 4 orang anak beranak berada di atas sebuah motor di mana bayi di letakkan di tengah-tengah antara wanita dan lelaki dan seorang lagi anak di depan ayah mereka.

Bayi tersebut dilihat tidak memakai topi kaledar dan mempunyai rambut yang kerinting dengan kulit yang gebu dan putih mulus. Dalam pada itu, di lihat bayi yang seakan anak patung seperti tahu gambarnya di ambil dan melihat ke arah kamera dan sempat membuat muka comel yang mengugat hati sesiapa yang melihatnya.

Kecomelan dan mimik muka bayi yang dianggarkan berumur setahun ke dua tahun itu menjadi perhatian netiz3n. Ramai yang memuji akan kecomelan bayi tersebut dan mendoakan mereka sekeluarga dilindungi dan dimurahkan rezeki. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang mempersoalkan tindakan memuat turun gambar-gambar tersebut ke dalam media sosi4l dan menganggap seperti memperlekehkan golongan yang menaiki motor.

Tetapi, apa yang menjadi fokus utama ramai ialah muka bayi ini yang seakan anak patung yang sangat comel dan menawan hati. Namun ada juga yang membant4h posting ini. Katanya “Sis, tak payahlah post gambar ni…” Walaupun begitu, terdapat juga yang mengkrit1ik Ayu Shahida kerana memuat naik posting ini, kerana ia akan memalukan keluarga tersebut.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, yang menyifatkan dengan posting ini dapat memberi kesedaran bahawa ada juga yang tidak bernasib baik seperti kita. Posting ni tak menghina pun! Ada juga netiz3n yang kongsi pengalaman zaman naik motor dengan keluarga. Ada juga memuji, Malaikat menghias wajah seorang bayi.

Sedar atau tidak, sebenarnya wajah seorang bayi adalah penawar kepada semua permasalahan. Sejuk hati lihat wajah bayi ini. Semoga keluarga ini diberikan rezeki, kesihatan dan membesar dengan sihat dan baik. Sumber dari Facebook Ayu Shahida,KD,OMM. Pengajarannya disini, Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada. Lihatlah pada diri kita sendiri.

Bukankah apa yang Tuhan telah berikan sekarang ini, sudah cukup untuk kita meneruskan kehidupan kita. Walaupun mungkin dalam keadaan sedikit sukar mahupun sederhana. Tetapi, barangkali lebih baik berbanding orang lain. Pandanglah selalu berapa banyak nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Bandingkan pula dengan kesusahan, kepayahan, keperitan hidup manusia lain yang ada di sekeliling kita.

Bersyukurlah dengan apa yang Allah SWT kurniakan. Bila kita memiliki, kita gembira dan bersyukur. Bila kita tidak dapat apa yang dihajati, jiwa tetap tenang dan sabar setiap masa. Jadilah mukmin seperti itu! Hanya untuk perkongsian dan perlu diambil ikhtibar dari aspek positif sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *