Dah Selamat timang cahaya mata, Cristina Suzanne k0ngsi wajah anak

Selepas beberapa minggu menimang cahaya pertama, pelakon Cristina Suzanne akhirnya mendedahkan wajah anaknya di laman sosi4l Instagram.

Berdasarkan komen peminat dan pengikutnya, pelakon berusia 34 tahun itu memilih nama Noah untuk bayi lelaki tersebut.

“Our boy ❤️ Hello, world!,” tulisnya ringkas. Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima lebih 6,000 tanda suka dan puluhan komen.

Rindu Noah!

Cristina atau atau penuhnya Cristina Suzanne Stockstill mendirikan rumah tangga dengan M Faiz Zakaria pada 31 Mac tahun lalu. Sumber : Instagram Cristina Suzanne via omm

Artikel berkaitan. “Tak berlakon, itu pilihan saya – Cristina Suzanne”

BERGELUMANG dalam dunia lakon layar lebih 10 tahun lalu tidak pernah mengubah prinsip dan pendirian pelakon Cristina Suzanne Stockhill. Tidak bersandarkan kepada sebarang alasan, Cristina punya ketegasan tersendiri dalam membuat keputusan untuk menolak atau menerima tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.

Juga berbeza dengan ramai pemain seni sepertinya yang gemar mengambil banyak tawaran pada satu-satu masa dengan alasan merebut peluang yang ada, pelakon drama Bicara Hati ini tidak sewenang-wenangnya membuat perkara yang sama.

Ketika ini, dia hanya menerima tawaran berlakon drama Nafas, bagi siaran ntv7. “Memang saya kurang berlakon buat masa ini kerana itu pilihan saya. Bukan tidak ada tawaran tetapi saya memilih untuk tak berlakon. Tidak ada sebab apa-apa pun cuma saya yang memilihnya begitu.

“Bila sampai satu-satu tahap, apabila mendapat tawaran berlakon, saya katakan kepada diri sendiri, biarlah dulu. Kadangkala mood untuk berlakon belum tiba lagi dan saya tidak kisah. Malah tidak ada rasa rindu pun,” kata anak kacukan Melayu-Jerman ini berterus-terang.

Malah katanya, dia tidak merasakan menerima tawaran serentak adalah keputusan yang sesuai untuk dirinya sementelah itu bukanlah cara kerjanya sejak dahulu.

“Lain orang lain caranya. Saya jenis orang yang tak buat banyak kerja pada satu-satu masa. Saya tumpukan pada satu perkara dahulu sebelum membuat yang lain.

“Sama seperti sekarang, saya ada komitmen kepada keluarga iaitu membantu mereka menguruskan katering di rumah nenek saya di Kuantan, Pahang,” ujar Cristina. Bercerita lanjut mengenai hal tersebut, pelakon itu kini lebih banyak menghabiskan masa di Kuantan dan menetap di sana dalam tempoh tertentu.

Bersama-sama ahli keluarganya, mereka menjalankan perniagaan katering di seluruh kawasan taman perumahannya. “Perniagaan keluarga ini memerlukan komitmen saya sebab agak sibuk juga. Setiap minggu kami ada tempahan cuma tidaklah menyeluruh ke kawasan lain.

“Kami ambil tempahan sekitar kawasan perumahan sahaja. Sebab itu, saya tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Saya akan berulang alik ke Kuala Lumpur dari Kuantan jika ada kerja di ibu kota,” kata Cristina. – Nor Asikin Hassan

Tak yakin untuk jual lukisan

Berbicara lanjut mengenai ruang masa yang ada, seperti yang diketahui ramai, pelakon ini juga berbakat dalam dunia lukisan. Fokusnya kepada lukisan abstrak.

“Setakat ini, saya sudah menghasilkan 17 buah lukisan yang saya buat untuk suka-suka. Saya tak belajar melukis secara formal, sekadar menerusi YouTube, Google dan daripada bahan bacaan. Ini sekadar satu hobi yang dibuat ketika ada mood. Sekarang ini sudah kurang melukis sebab mood hilang,” kata Cristina telus.

Melihat gaya pelakon ini yang berkeyakinan tinggi kala berbicara namun tidak sedemikian halnya apabila diminta untuk menunjukkan hasil kerjanya kepada umum. “Saya tak yakin nak tunjuk lukisan saya kepada orang lain apatah lagi untuk menjualnya. Belum masanya lagi.

“Kalau orang lain kata itu boleh memberi pendapatan tambahan, bagi saya mudah, ikut pendirian masing-masinglah. Apa pun saya memilih untuk tak berbuat demikian. Hanya untuk tatapan saya sendiri,” kata Cristina.

Malah sebagai seorang yang menjaga soal peribadi dengan ketat, Cristina juga tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuknya menunjukkan bakat terpendam itu.

“Ada banyak jenis manusia di dunia ini. Dan saya bukan jenis orang yang nak mendedahkan segala-galanya di Instagram. Media sosi4l hanyalah tempat untuk saya bercerita tentang hal kerja.

“Lebih daripada itu terutama hal peribadi, saya tidak pertonton kepada umum. Saya lebih senang begitu,” ujar Cristina mengakhiri bicara. Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *