“Dengan rendah diri saya ingin..” – Bapa Liza Hanim men1nggal dunia

BARU sebulan kehilangan bapa mentua, penyanyi Liza Hanim sekali lagi kehilangan insan tersayang apabila bapanya iaitu Abdul Halim Abd Razak men1nggal dunia kira-kira pukul 8 malam Jumaat.

Berita sedih itu dikongsikan Liza menerusi laman Instagram miliknya.

“Innalillahiwainnalillahirojiun… DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasaNya yang maha besar.

“Ayah saya Haji Abdul Halim bin Haji Abd Razak telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Dengan rendah diri saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya,” tulisnya.

Liza berkongsi berita duka kehilangan ayah tercinta di Instagram.

Bapa Liza menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat kanser paru-paru.

Terdahulu, Liza memaklumkan bapanya itu disahkan menghidap kanser paru-paru sejak awal April lalu.

Jenzah arwh bapanya akan dibawa pulang ke rumahnya malam ini.

Dalam pada itu, peminat dan rakan selebriti lain mengucapkan takziah di atas kehilangan itu.

Artikel Berkaitan: ‘Fateh lahir kecil je, 2.8 kg’ – Liza Hanim dedah wajah anak kelima

BUAT pertama kalinya, bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.

Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan.

“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.

“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya di akaun Instagram.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.

“Tahniah… Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa… Semoga membesar dengan sihat… Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah

“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul

“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail

Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *