“Dia tau password saya” Aeril Zafrel & Wawa Zainal tak pernah bergaduh

Selama tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, semestinya pasangan pelakon ini bersama-sama melalui pelbagai cabaran dan rintangan Bagi Aeril Zafrel, dia bersyukur apabila perkahwinan yang dibina dengan Wawa Zainal pada 2013 itu masih utuh tanpa dilanda masalah rumit.

“Jujur sepanjang hidup bersama, kami tidak pernah dilanda masalah yang besar. Saya tidak tahu bagaimana perasaan dia (Wawa) sepanjang tujuh tahun kami bersama.

“Namun bagi saya, selama tujuh tahun hidup di sisinya, saya bahagia,” katanya. Berbicara mengenai rahsia kebahagiaan mereka, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, setiap pasangan harus pandai memperbaiki hubungan agar masalah tidak berlarutan.

“Hubungan mampu bertahan sekiranya tiada rahsia antara mereka. Dia tahu semua mengenai saya termasuk kata kunci telefon sehingga perbualan dalam WhatsApp.

“Tiada perkara yang ingin kami sembunyikan antara satu sama lain. Jangan sesekali hilangkan kepercayaan itu dalam diri antara setiap pasangan anda,” ujarnya.

Walaupun kadang kala sifat ego tidak dapat dielakkan, namun Aeril membayangkan wajah anak-anak mereka untuk kembali menjernihkan situasi.

“Kami hanya manusia biasa begitu juga kehidupan sebagai pasangan. Kalau marah, saya akan diam. Pada kebiasaannya, antara kami telah faham dengan peribadi masing-masing,” tambahnya.

Hasil perkongsian hidup pasangan berkenaan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Sumber : kosmo via omm

Baru-baru ini wawa sambut birthday ke 27. Jom lihat apa ucapan Aeril kepada Wawa. ‘Jangan tinggalkan saya Wawa’ – Aeril Zafrel

“JANGAN tinggalkan saya. Saya akan terus membahagiakan awak,” kata pelakon Aeril Zafrel buat Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahun ke-27 isterinya itu, semalam.

Aeril, 31, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut mendoakan Wawa terus menjadi isteri solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak mereka. Menurut Aeril, Wawa sentiasa ada bersamanya tidak kira ketika susah atau senang terutama dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Saya berdoa semoga apa yang diimpikan Wawa dalam hidupnya tercapai. Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam dirinya terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

“Dari awal perkahwinan sampai sekarang yang kini mencecah tujuh tahun, Wawa sentiasa ada bersama saya. Dia tidak pernah bosan menasihati saya supaya menjadi suami yang bertanggungjawab. Sikap yang ditunjukkan Wawa itu membawa kepada kejayaan untuk kami sampai ke tahap sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya apakah hadiah yang diberikan sempena ulang tahun Wawa, Aeril berkata, dia tidak membeli sebarang hadiah selain mengadakan majlis hari jadi bertemakan serba putih itu. “Jika tahun lalu saya hadiahkan kereta, tahun ini tidak ada. Disebabkan terlalu sibuk bekerja, sampai lupa mahu bagi hadiah.

“Lagipun, Wawa bukan seorang yang meminta-minta. Kalau ada, adalah. Sekarang pun saya belum terfikir mahu belikan apa. Kalau beg tangan dia boleh beli sendiri bila-bila masa. Jadi, saya tidak ada idea lagi,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan anak ketiga, Aeril menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT. “Belum ada rezeki lagi. Kami tidak menolak rezeki Allah. Malah, kami tidak pernah merancang,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *