Direnvng tajam autie c1na kearah saya tanpa berkelip. Men4kutkan hingga tak terbangun dari kerusi saat bersama Si Mata Sepet

Foto sekadar hiasan (carian google).

Kisah Si Sepet, Assalamualaikum semua. Mula-mula sekali, terima kasih untuk admin sekiranya coretan ini dipaparkan… Sebab saya tiada platform terbaik untuk memohon pandangan dan nasihat, mungkin kah pembaca iiumc boleh memberi serba sedikit pandangan dan pendapat… InsyaaAllah…

Ringkas mengenai saya, saya Alin berumur dalam lingkungan 30-an, masih belum berkahwin. Rupa paras agak biasa dengan warna kulit yang gelap antara salah satu faktor susah ada yang mahu menjadi kan diri ini sebagai suri hidup.

Biasanya, mereka hanya menjadi kan saya sebagai orang tengah kepada kawan2 saya yang cantik untuk berkenalan dan kadang kala sebagai pemberi nasihat percintaan kepada mereka, takpe la saya redha janji orang sekeliling bahagia.

Jujur, ada yang berkenalan tapi Allah nak uji hati ni mungkin dipertemukan dengan orang yang salah dulu. Saya ditipu ribuan ringgit disebabkan kesian dengan kisah hidup si dia, banyak berkorban mungkin saya buta dengan cinta masa itu namun dihujungnya berkahwin dengan orang lain. Hanya sekadar ucapan maaf dituturkan…

Dan, saya juga pernah dipertemukan dengan seorang yang saya kira amat baik budi perkertinya tapi akhirnya dia berjodohan dengan sahabat baik saya sendiri. Liku-liku dalam sejarah percintaan dulu yang buat saya terjatuh sehingga ke lowest point of my life, alhamdulilah keluarga penguat jiwa saya. Saya tekad membawa diri ke tempat baru dengan jiwa yang baru demi keluarga saya yang sedih tengok keadaan saya ini.

Allah Maha Kaya. Dia tau saya banyak kecewa. Dengan takdirNya, saya dipertemukan dengan Si Mata Sepet, seorang pemuda cina yang agak pendiam. Mula-mula perkenalan kami tidaklah sebaik mana… First impressions to him? He’s too lonely and alone… Itu yang saya nampak dan atas dasar kesian, saya banyak kali approach ajak dia makan waima bertanya khabar. Susah… Itu yang saya fikir dan almost give up…

Tapi, almost 4 month later… Dia suda mula terbuka hati dan mula talkative dengan saya mahupun orang sekeliling kami. Hidup dia terlalu simple… Hanya di office dan rumah, not typical young men yang mahu enjoy. Dia begitu menjaga apa yang saya boleh buat or not, dari segi makan dan tempat yang saya boleh pergi atau tidak kerana saya seorang Muslim.

Namun, perhubungan kami tidaklah semudah yang disangka.. Banyak pancaroba diawal perkenalan kami dulu… Ramai yang skeptical dan juga mendapat cemuhan orang sekeliling. Setiap kali keluar, orang sekeliling pasti memandang kami tidak kira semua kaum.

Pernah saya dan dia teringin makan di restaurant Chinese food ala buffet di satu shopping mall, saya boleh perasan seorang auntie cina yang merenung tajam kearah saya tanpa berkelip… Pandangan itu trlalu menakutkan saya sehingga saya tidak berani untuk bangun dari kerusi saya untuk mengambil makanan namun saya tidak sampai hati untuk memberitahu dia.

Seakan faham apa yang saya alami, dia bangun dan mengambil seberapa banyak makanan untuk saya dan secepat mungkin juga kami beredar dari situ. Kejadian itu, tak abis sampai disitu saja… Pernah juga kami makan disebuah restauran melayu… Semua disitu adalah pelanggan melayu dan dia seorang la pelanggan cina tapi dia turutkan saja kehendak saya makan disitu…

Saya langsung tidak perasan ada mata yang memerhatikan kami. Dikala dia ingin membayar, mak cik itu turut bangun menyapa dia dikaunter bertanyakan adakah saya ini teman wanita dia? Dia tergaman namun hanya mengiyakan saja dan terus berlalu pergi.

Saya faham dan terlalu faham bahawa orang yang tiada rupa seperti saya ini tidak layak untuk orang yang ada rupa macam dia. Hampir 4 tahun, kami hanya ignore pandangan orang sekeliling dan syukurlah kawan2 terapat kami menyokong hubungan kami berdua.

Di kala keluarga saya amat memahami, namun dipihak keluarganya sehingga sekarang, masih kami rahsiakan. Demi hubungan mereka anak beranak, saya juga turut meminta agar hubungan kami dirahsiakan sehingga sekarang. Mengharap kan masa yang sesuai… entah bila…

Selain itu, hati dia terlalu baik dan juga tertib dengan orang sekelilingnya, wang ringgit bukan segala hal bagi dia selagi boleh bantu dibantunya walaupun berbeza kaum dan agama. Alhamdulilah, kini ramai orang sekeliling menyokong kami dan ikhlas mendoakan kami.

Tiap kala selepas berdoa, ku titipkan semoga Hidayah sampai di hatinya.. Ku setia menunggu andai ada jodoh kita didunia ini… Doakan kami…

Kisah Si Sepet II, Owh, lupa nak cakap actually dia ni mulut straight to the point sahaja.. Pernah la saya cuba make up over the heel untuk impress kan dia pada malam dinner birthday dia…

Usually, hari-hari biasa saya hanya berkemeja T dan jeans memandangkan situasi kerja kami dua2 di tapak pembinaan. Dia hanya cakap ‘u make up or tak sama je I tengok… just be your own self, the most comfort ones’ sambil dia membebel macam mak nenek sebab membazir wang buat birthday dinner untuk dia….

Kalau saya request bunga sejambak pun dia rela bagi sepasu bunga mawar kampung yang Rm15 sepokok tu. Okay, masa tu memang Krik3.. Ngilu juga dengar but in the same time soothing my low esteem heart that time…he slowly built up my confident level until now…

Cuma, saya tahu ada yang pertikaikan kenapa sudah lama perhubungan kami ini.. Sampai bila baru ada titik noktahnya samada happy atau duka? Tipulah jika saya tidak terpikir untuk memutuskan hubungan ini sebab saya tahu semalam tiada titik noktah…

Pernah bagi hint kepada dia tapi selepas melihat pandangan redupnya jauh sehingga tenggelam dalam lamunan dia… Saya tau dia didalam situasi diluah mti mak, ditelan mti bapak…. Family di sebelah kanannya dan juga Saya disebelah kirinya.

Dia adalah anak bongsu lelaki dan diantara tunggak keluarga. Antara faktor itu lah juga, saya minta dia balik berkerja di selatan tanah air supaya dapat menjaga ibu bapa dia yang semakin dimamah usia dan tidak menyesal seperti saya yang tidak dapat berbakti sepenuhnya kepada arwh ibu saya.

Klimaks perhubungan kami berdua ini ketika arwh ibu saya mennggal secara mengejut pada tahun lepas. Jujur kehilangan ini trlalu berat untuk saya tempuhi dan hampir gila sekiranya iman tidak kuat. Separuh jiwa saya sudah hilang ketika ini…

Saya sudah ignore keadaan sekeliling dan banyak menangis.. Si dia juga saya tidak hiraukan langsung dan saya tekad 100% ingin putus kan perhubungan ini dan mahu fokus sepenuhnya kepada mencari balik agama dan diri saya yang dah hilang.

Namun, malam kedua selepas kemtian arwh ibu saya, saya bermimpi tercari2 kelibat si dia… Tapi, ada satu suara mengatakan dia sudah mti.. Mti dalam keadaan belum sempat menemui apa itu Nur.. Allahuakbar.. Meraung saya ketika itu memikirkan nasib si dia di ‘alam sana’… Sampai hilang suara saya menjerit memanggil nama dia, saya rayu mohon sempatlah saya tarik dia ke jalan yang lurus..

Ketika itu, saya terjaga dan baru saya sedar basah lencun jugalah bantal yang saya tidur itu. Perasaan anxiety untuk merasai kehilangan sekali lagi itu betul2 buat saya hilang arah.. Mesej dan call dia tak angkat.. Beberapa jam selepas itu barulah berangkat, ketika itu saya cakap saya takkan tinggalkan dia sehingga dengan Kun Fayakun.. Allah izinkan Hidayah muncul didalam hatinya.

Dua bulan pertama selepas kemtian arwh ibu saya, saya banyak mengelamun dan ignore walaupun dia ada disebelah saya.. Memang kesian tengok keadaan dia masa tu, tapi dia penyabar.. Tak biarkan saya sesorang. Always check on me.. Dan dia juga tahu bilamana waktu2 saya tetiba depression, secara tiba2 dia akan call to ensure I’m not alone endure this pain. Syukur ini mungkin ada hikmahnya…

Pada minggu pertama, dia sanggup drive ke pantai timur untuk saya dan adik memandangkan both of us tak kuat lagi but we eager to visit our mom grave. Dia terlalu introvert sangat tapi kesungguhan dia berjumpa dengan keluarga amatlah saya hargai sehingga sekarang. Pernah juga, saya cakap mahu cari buku pasal alam barzarh, dia ikhtiar cari dimana2 bookstore untuk saya.

Sekiranya pembaca sekalian fikir ada tak dia terfikir untuk convert? Jujur saya cakap InsyaaAllah, ada peluang itu cuma menunggu masa yang sesuai Dan di izinkan oleh Allah.. Doakan untuk dia.. Actually, dia seorang observer dan pengkaji.. Namun, kekadang ilmu saya terlalu kurang, jadi untuk membimbingnya saya juga perlu berguru dengan kenalan saya yang lebih Arif dalam bidang agama.

Dia pernah bertanya kepada saya kenapa saya kena solat 5 waktu, sedangkan ada kawan dia yang 1 kali sahaja menunaikan. Dan bila waktu puasa, tetiba tengok kawan yang puasa nyaknyok itu biasa bagi dia. Kadang2 bila waktu bulan puasa dia cuba ikut saya puasa, tapi setakat ni half day sahaja.

Pernah jugaklah dia buat perangai puasa start pukul 10malam-10pagi sebab tak tahan lapar.. Dia cakap asalkan 12jam okay dah.. hurmmmm..itu no komen.. Cuma, saya syukur sekarang dia dikelilingi kawan2 malay yang baik untuk dijadikan teladan untuk dia. Sekarang, sempena bulan Ramadhan yang tiba, moga2 adalah puasa penuh even 1 hari. Amin…

Ikhtiar dari saya? Ada saya mencari ustaz selebriti yang juga seorang Muslim convert, dia banyak bagi nasihat dan sekarang saya mencari peluang untuk mempertemukan si dia dengan ustaz ini…. Perlahan2… Sebab saya mahu biar ia datang ikhlas dari diri dia sendiri.

Ustaz ini juga membantu seorang saudara baru Muslim kita yang convert ketika Ramadhan yang lepas atas asbab dari perkenalan dengan saudara rapat saya juga, sebab itu saya fikir masih ada ruang dan jalan untuk si Dia kembali kepada agama fitrah.

Doa itu senjata. Saya hanya harap kan doa dari kalian. Moga ada sinar untuk kami… Dan sekiranya kami memang ditakdirkan tidak berjodohan didunia ini.. Ikhlas saya redha cuma saya berharap dia bertemu jodoh dengan nur, yang boleh pimpin dia keluar ke arah agama fitrah… Allahuakbar… – Alin via iiumc by tribune malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *