“Duit akan habis tapi halal takkan habis..” Bertuah Achey Dapat Isteri Solehah

Baru-baru ini Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagramnya telah berkongsi gambar isteri dan adiknya sedang berniaga Satay dan mendapat perhatian ramai. Tidak sangka perkongsian yang dibuat mendapat perhatian banyak pihak.

Antara yang tertulis di ruangan instagramnya itu, ni @anne_achey isteri saya dan adiknya… p/s duit akan habis tapi halal takkan habis. “Rezeki Allah Ada Dimana-mana Kalau Berusaha,” Semoga Achey dan isteri dimurahkan rezeki.

Rata-rata n3tizen memuji sikap Achey dan Isterinya, family hang memang steady, Selamat maju jaya bossku, Berniaga itu sunnah. Siapa sangka, di sebalik jenaka bersahaja, ada beban ditanggung pelawak, Achey Bocey.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 32, menjelaskan, apa yang diluahkan dalam sebuah program, baru-baru ini adalah sekadar berkongsi rasa mengenai dirinya dan isteri yang belum dikurniakan anak. PENANTIAN lapan tahun pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagram menyifatkan kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata. “Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

Wajah Terkini Anak Achey Dan Isterinya.. Allahu Bahagianya Walaupun Jarang di Tonjolkan Di kaca Tv… Sumber dari IG acheykintangkintung dan ig anne_achey.

‘Anak’ hadiah Achey buat Tiara, KUALA LUMPUR: Pelawak, Achey akan melancarkan single yang dicipta khusus buat cahaya mata kesayangan, Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir, tidak lama lagi. Achey memberitahu single berjudul Anak itu dianggap istimewa bagi dirinya dan Tiara yang berusia lima bulan.

“Lagu Anak dihasilkan pada hari pertama saya dikurniakan Tiara. Saya mendapat idea ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Segamat, Johor. Setibanya di rumah ketika Tiara tidur, saya terus menulis lagu ini. Alhamdulillah, selepas saya diberi hadiah seorang cahaya mata, Allah turunkan saya idea untuk menghasilkan lagu untuk si kecil.

“Saya mencipta lagu dan lirik, manakala susunan muzik dibuat oleh Zimi Sofarz,” katanya kepada BH Online. Tambah Achey, single Anak yang berkonsepkan irama muzik era 1980-an, sudah siap dirakamkan. Namun, katanya. tarikh pelancaran masih dibincangkan.

Achey menjangka single terbaru itu mungkin menjengah pasaran akhir bulan ini atau awal Disember. Ditanya bagaimana berdepan dengan reaksi peminat, Achey berkata, biar apa pun maklum balasnya, dia tidak kisah. Baginya, karya itu ikhlas dan istimewa buat insan tersayang.

“Saya tidak kisah idea ini dikatakan klise. Pada saya, apa yang dibuat, semuanya datang dari sekeliling dan apa yang sebenarnya berlaku. Tak kisahlah apa orang nak cakap sekalipun. Seperti lagu Yang Terindah, saya lakukan tanpa menghiraukan sambutannya. Tak sangka ia mendapat maklum balas yang positif ,” katanya. Tiara dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Mei lalu dan dijaga Achey dan isteri sejak awal Ramadan. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *