‘Dulu naik motor, lepas nikah terus dapat beli kereta’ Rezeki pasangan muda ini murah selepas berkahwin

MENEMPUH alam perkahwinan bukan satu permainan. Ia juga bukan sekadar berlandaskan nafsu semata-mata, malah pelbagai ilmu dan tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Begitulah perkongsian oleh penyanyi, Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah tangga dengan kecekalan dan kegigihan setelah bernikah dengan isterinya, Juliana Nazarudin sejak lima tahun lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sebuah posting tweet berunsurkan nasihat dan pengajaran bagi pasangan suami isteri di luar sana.

Yakin dengan janji Allah. Ramai yang yakin dengan janji Allah tapi lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak m4ksiat, elak f1tnah, yakin dengan janji Allah..

“Tapi dimana usaha & tanggungjawab? Niat yang baik pasti betul tapi Allah takkan ubah nasib kita melainkan dengan mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka.

“Ramai yang kata ‘bila kau kahwin rezeki kau makin kurang. Makin tak famous & makin tak laku’. Tapi bro, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dalam macam2 cara,” tulisnya.

Walaupun tweet tersebut dimuat naik pada April lalu, namun ia sekadar berkongsi serta mengingatkan semula bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mudah.

“Ini tweet abang yang lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita.

“Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dengan dugaan & ujian yang Allah beri, jangan cepat melatah dengan dugaan. Allah uji hambaNya yang beriman untuk tingkatkan taqwa pada Allah,” tambahnya.

Taleeb dan isteri berkahwin pada 22 Jun 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla. Sumber cempedakcheese

Rezeki Bukan Hanya Pada Duit. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.

Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki. Doakan kita semua dikurniakan rezeki yang halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *