Dulu Pernah Miliki Bentuk Badan Seperti Lara Croft, A.Aida Mahu Kekal ‘Bergetah’ Sampai Tua

“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.

Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja. “Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali altif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat.

Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula. “Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya.

Aida berpesan supaya wanita lain menjaga kesihatan dan bentuk badan. Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik.

Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan. “Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja.

“Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala penyakit. Jadi, saya tak nak ada darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.

Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting. “Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya. Sumber hmetro via Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *