G4mbar Terkini Arni Nazira, Bekas Isteri Awie Yang Semakin Jelita

Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi Arni Nazira yang pernah meletup dengan lagu Cinta Antara Benua suatu ketika dahulu. Penyanyi pop wanita yang juga bekas isteri vokalis Wings, Awie ini pernah menyinari dunia hiburan sekitar tahun 1996 hingga 1999. Mendapat pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik, Arni juga pernah membintangi beberapa filem popular iaitu Nafas Cintadan Bara.

Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia hiburan, namun penyanyi ini sering berkongsi foto-foto terbarunya di laman sosi4l Instagram. Adakah Arni akan membuat ‘comeback’ dalam bidang nyanyian? Sama-sama kita nantikan. Sementara itu, jom saksikan foto-foto terkininya yang semakin jelita, menawan dan bahagia di samping suami baru serta tiga orang cahaya mata.

“Saya melihatnya sebagai seorang yang beriman dan taat pada ajaran agama. Insya-allah saya yakin dan berdoa agar jodoh ini berkekalan.” ARNI. BUKAN mudah untuk cinta zaman sekolah dinoktahkan ke jenjang pelamin. Banyak pasangan yang memasang angan-angan sehidup-sem4ti kecund4ng di tengah jalan apabila ‘cinta monyet’ mereka hanya kekal sebagai kenangan di dalam bilik darjah.

Namun, cerita berbeza dilalui penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar, 31, apabila cinta zaman remajanya kembali bertaut dengan teman lama, Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32 (Hazrie). Berkenalan ketika Arni masih berusia 14 tahun, mereka berdua sememangnya sudah ditakdirkan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, kedua-duanya perlu melepasi dugaan terlebih dahulu. Mereka mengambil jalan yang ‘agak jauh’ sebelum bertemu semula dan memahat bahagia. Semuanya bermula apabila Arni selepas meningg4lkan bangku persekolahan memilih bergiat aktif dalam bidang seni di Kuala Lumpur setelah bakatnya dikesan melalui program pertandingan nyanyian, Asia Bagus.

Kenangan cinta mereka berakhir apabila Arni yang pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua berkahwin dengan pelakon dan penyanyi kumpulan Wings, Awie pada 1998. Takdir menentukan perjalanan rumah tangga Awie dan Arni yang dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7, berakhir dengan tr4gedi perpisahan pada bulan Oktober 2006.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Pertemuan semula yang tidak dijangka ketika membeli-belah di Kuala Terengganu pertengahan tahun lalu, iaitu kira-kira sembilan bulan memegang status j4nda, menghangatkan semula kisah cinta Arni dan Hazrie. “Takdir yang menentukan semua ini dan saya percaya satu ketika dulu, jodoh antara kami belum sampai.

“Saya menerimanya dengan reda dan percaya ada hikmah di sebalik semua yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kuala Terengganu kelmarin.“Saya melihatnya sebagai seorang yang beriman dan taat pada ajaran agama. Insya-Allah saya yakin dan berdoa agar jodoh ini berkekalan,” jelasnya dalam nada ceria.

Menurut Arni, kedua-dua puterinya yang dibawa bertemu Hazrie juga menyenangi hubungan itu lantas menguatkan lagi keputusannya untuk berkahwin sekali lagi. “Mereka mungkin dah faham dengan keadaan ini sebab sudah terbiasa dengan perkahwinan kedua ayah mereka (Awie). Jadi mereka tidak rasa pelik dengan keadaan ini,” kata bintang filem Nafas Cinta itu.

“Mungkin selepas ini saya akan mempunyai tanggungjawab sebagai isteri, tetapi saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak. Mereka tetap menjadi keutamaan saya sebagai ibu,” katanya yang akan bersama dengan Hazrie tinggal di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu selepas bernikah. Cabaran memiliki Arni. Sementara itu, bagi Hazrie, tempoh ‘terpisah’ dengan Arni satu ketika dahulu dilalui dengan hati yang tenang.

Dia akur dengan ketentuan Tuhan Yang Maha Esa yang telah menangguhkan jodoh mereka. BERTAUT dua hati. Arni dan Hazrie mengikat janji untuk hidup bersama selama hayat dikandung badan. Ketika Arni meniti populariti sebagai artis di pentas hiburan, dia pula meneruskan langkah sebagai lelaki biasa yang berazam membina kehidupan lebih baik selepas cintanya gagal di tengah jalan.

Ditanya adakah dia berasa terpuku1 akibat cinta zaman sekolah terputus di tengah jalan, Hazrie menyifatkannya cabaran yang perlu dilaluinya. “Apabila Arni berkahwin, kami buat hal masing-masing. Kami langsung tak berhubung. Saya cuma mengikuti perkembangannya melalui surat khabar dan televisyen,” kata anak kedua daripada lapan adik-beradik ini.

“Perancangan Tuhan mengatasi segala-galanya. Tapi bukan mudah untuk semuanya kembali bertaut. Kami ambil masa, berkenalan semua dan bila sudah yakin, barulah ambil keputusan hidup bersama,” jujur akui Hazrie. Ada harga yang perlu dibayar apabila memilih artis sebagai jodoh dan dia sedar perkahwinan dengan Arni sedikit sebanyak menjadi tumpuan.

Namun, Hazrie tidak rasa terbeban dengan hal itu kerana dia mengenali Arni sebagai rakan lama dan bukannya artis. Hazrie lebih senang Arni menjadi suri rumah tangga sepenuh masa berbanding meneruskan karier di pentas glamor selepas ijab kabul mereka. “Saya faham hobinya suka menyanyi. Saya tak paksa dia berhenti, tapi lebih baik memberi tumpuan sepenuh masa kepada keluarga,” pintanya.

Menyedari minat mendalam isterinya Hazrie memberi keizinan jika Arni melibatkan diri sekiranya ia bercorak keagamaan dan dakwah menyeru ke arah kebaikan. Arni dan Hazrie memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid Abidin, Kuala Terengganu selepas solat Jumaat petang semalam. Sumber dari kosmoonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *