Gamb4r Neelofa Sarung Gucci Musim Luruh Sangat Menakjubkan, Ramai Akui Dah Tak Nampak Pendek

Hah! Siapa saja yang tak kenal wanita bergaya ini. Biarpun ramai yang mengkr1tik citarasa fesyennya, namun ia tidak pernah menghalang figura nan satu ini terus mengekperesikan gayanya. Neelofa bukan sahaja disebut-sebut kerana kisah cintanya tetapi juga caranya berfesyen yang kadang-kadang tidak kena dengan tubuhnya.

Bagaimanapun, mungkin juga tuah Dewi Remaja 2010 ini, Neelofa tidak putus-putus menghadiri jemputan pertunjukan fesyen di luar negara dan terbaharu dipilih menggayakan jenama antarabangsa, Gucci.

Mungkin bagi segelintir artis ia dianggap perkara biasa, namun apabila Neelofa yang cuma berketinggian 1.57m dengan bentuk badan sederhana, ia bagaikan satu keajaiban apabila Gucci menjadikannya antara model menggayakan seleksi musim luruh dan panas 2019 yang mana penggambaran dilakukan di Shanghai November lepas.

Yang menjadikannya lebih menarik ialah apabila Neelofa tidak kelihatan ‘rendah’ dek fotografinya yang menakjubkan. Jadi, adakah ia kerana baju jenama antarabangsa atau idea gambarnya yang bijak memanipulasi kelebihan Lofa?

Jom kita ‘cuci mata’ dengan koleksi ini.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Ternyata, ia bukan kerana busana yang dipakai oleh Lofa menjadikan ianya sempurna, namun sesi fotografi yang lebih mengutamakan produknya membuatkan ia tampak elegan. Tambahan pula Lofa lebih banyak menggunakan pose duduk yang mana membuatkan n3tizen seakan terlupa dengan ketinggiannya yang tidak seperti model itu.

Jika adapun pose yang memerlukan Lofa bergaya dari kepala hingga ke kaki, nampaknya jurugambar memotretkan dari jauh hingga menampakkan sisi pemandangan yang berada di sekitarnya atau meletakkan Lofa di atas kerusi supaya mata n3tizen boleh ‘eye level’ dengannya. Boleh lihat contoh di bawah.

Kredit foto: IG

Tidak hairanlah, jika busana yang dipakai oleh Lofa nampak kena sahaja dengan bentuk tubuhnya malahan kelihatan sangat cantik dengan koleksi yang berlatar belakangkan bandar eksotik, Shanghai. Video ini juga menampilkan sisi elegannya di atas bot.

Malahan ruangan komen di Instagramnya juga banyak menerima pujian yang melihat sisi berbeza Neelofa. Maklumlah selama ini Lofa dikatakan sebagai m4ngsa fesyen, tetapi gambar ini membuktikan sebaliknya.

Dengan gandingan jurugambar antarabangsa dan jenama mewah ini, Neelofa dilihat sangat ‘stunning’ sesuai dengan statusnya sebagai ikon remaja masa kini. Jadi, nampaknya Neelofa perlu mencari jurugambar yang bijak menonjolkan kelebihannya pula selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *