Gara-gara “Kant0i” Berbadan Dua, In1 Jawapan Isteri Hafidz Roshdi

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri disangka hamil selepas sekeping fotonya bersama Hafidz yang memegang perutnya mendapat perhatian netiz3n. Gara-gara foto tersebut, rata-rata peminat Hafidz telah mengucapkan tahniah kepadanya kerana menyangka Shuhada sedang hamil.

Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram (IG) Hafidz. Namun, Shuhada tidak mendiamkan diri dan terus membalas komen peminat yang telah salah sangka. Jelas Nurul, ketika foto terbabit diambil, dia sedang membetulkan bajunya.

Hafiz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 di Perlis. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Humairah , 2.

Antara kom3n- kom3n netiz3n :

“@humairah.hafidz ingatkan humairah nk dpt adik lg. ๐Ÿ˜€” , “Ada org bru dtg ke” , “Preggy lg๐Ÿ˜” , “another one?๐Ÿ˜”

“@humairah.hafidz omg hampir percaya humairah nak dpt adik ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ @humairah.hafidz wei.” , “Nebes aku weh. Ingat nak dapat anak buah lagi. Hahaha”

Sumber Instagram Hafidz.roshdi via cari

Jom intai Biodata Hafidz Roshdi, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Nama penuhnya Muhammad Hafidz bin Roshdi. Nama popular ialah Hafidz Roshdi. Tarikh lahir pada 13 November 1994 dan Umur 24 tahun. Kelahiran dari Shah Alam, Selangor, Malaysia. Pekerjaan sebagai Pelakon. Media sosi4l ialah Instagram @hafidz.roshdi

Fakta Menarik

#1. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik lelaki dan seorang adik perempuan. Berkelulusan Management & Science University (MSU), serta ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

#2. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2012/13 di mana menjadi peserta paling muda, bersaing dengan antaranya, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Ben Amir, Hafreez Adam dan Nazrief Nazri.

#3. Drama pertama lakonannya menerusi watak Edry Shah dalam’ Baby Ana Milik Siapa?’ yang antara lain menampilkan Cristina Suzzanne dan Hairul Azreen. Bagaimanapun namanya menyerlah selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di saluran TV3.

#4. Drama-drama lain lakonannya seperti Aku Pilih Kamu, Raisha, Red Velvet, Papa Nak Menantu, Kelip-Kelip Di Kota London, Cinta Tiada Ganti, J.K.K (Jawatankuasa Kampung Kalut) dan Kan Kukejar Cinta Kamu.

#5. Manakala, beberapa telefilem dibintanginya ialah Anak Ikan, Perangkap Perkahwinan, Hajah Heathrow, Ayah Mertuaku, Kau Aku Kita Raya, Sabotaj, Jalan Balik Surau, Bawaku Ke Syurga dan Kembalikan Sinarnya. Dalam dunia teater, Hafidz pernah terlibat dalam pementasan Lela Manja membawakan watak sebagai Raja Muda Tengku Dewa.

#6. Penampilannya dalam iklan menerusi ‘Petronas Raya Sampai Hati’ gandingan bersama aktor Beto Kusyairy dan ‘Syukur Selalu F&N’ yang turut dibintangi aktres Janna Nick. Pada tahun 2016, Hafidz menimbulkan kekecohan selepas bertelagah dengan aktres Uqasha Senrose hingga mencetuskan perang di media sosial.

#7. Mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 selepas berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU). Sehingga kini, perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Humairah pada 9 September 2017.

Sumber iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *