“Hak Dia”, Ben Amir Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain

“Sejak dulu, saya tidak pernah mengiyakan gosip hubungan kami kerana menyangka ia sekadar usikan. Saya cuma menjelaskan kami rapat sebab saya memang tidak mempunyai ramai kawan perempuan. “Kebetulan pula kami berdua boleh ‘ngam’ dan selesa berkawan. Tetapi, saya tidak kisah pun jika dia mahu keluar dengan orang lain. Itu hak dia.

“Setakat ini, saya sendiri terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri. Jika ada hari senggang pula, saya lebih suka memerap di rumah dan tidur, sampai tak sempat cari kekasih. Dalam soal cinta, saya enggan terburu-buru. Bagi saya, kenali dulu hati budi sebelum mendahulukan perasaan,” kata pelakon Ben Amir yang tidak kisah andai aktres yang dikaitkan int1m dengannya, Uqasha Senrose, keluar dengan lelaki lain.

Katanya, pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar menyalah tafsir persahabatan mereka sejak empat tahun lalu dan menggembar-gemburkannya sebagai ikatan cinta. Bintang yang memegang watak Khairil atau Khai dalam drama bersiri 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ itu berkata demikian sebagai bukti mereka sekadar kawan.

Menerusi drama yang sudah pun tamat tayangannya, baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 27, bergandingan dengan adik Uqasha, Nelydia Senrose, yang memegang watak Arabella. “Saya memegang watak Khai yang menyayangi Arabella sepenuh hati. Dalam kisah itu, kami bercinta, namun saya dan Nelydia tidak kekok berlakon bersama kerana sudah saling mengenali.

“Walaupun julung kali digandingkan, kami cepat serasi di set hinggalah penggambaran yang memakan masa lebih sembilan bulan diselesaikan dengan sempurna. “Apabila bekerja dengan pasukan yang menyeronokkan, tak terasa pun kita sedang bekerja. Malah, kadang kala saya berasa tidak sabar mahu memulakan tugas,” tuturnya. Sumber dari myartis

Cinta Tiada Ganti merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018, yang diadaptasi daripada drama popular Filipina, Sana’y Wala Nang Wakas yang bersiaran di ABS-CBN yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ia diterajui oleh Nelydia Senrose sebagai Arabella dan Addy Ashraf sebagai Mukhriz dan mengisahkan tentang percintaan Mukhriz dan Ara.

Percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan disebabkan oleh dosa lampau ibu bapa mereka.Pertemuan yang tidak disengajakan diatas kapal menyebabkan berlakunya beberapa insiden kecil dan akhirnya mereka jatuh cinta. Namun drama ini telah pun melabuhkan tirainya pada minggu yang lalu. Ending cerita nya sangat positif. Penonton berasa sangat gembira apabila Arabella dan Mukhriz akhirnya bersama. Like dan Komen jika anda suka. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *