Heboh di Media Sosi4l Apabila Neelofa Muat Naik Gambar Pakai Skirt Style Yang Tembus Pandang

Sepanjang bergelar selebriti, Neelofa seakan tidak boleh lari dengan krit1kan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik. Semalam usahawan dan pengacara popular ini sempat membuat heboh dikalangan peminatnya di media sosi4l gara-gara beberapa foto yang dimuatnaik di IG storiesnya.

Dalam foto tersebut, dia berpose dengan mengenakan busana serba merah dengan skirt tembus pandang yang membuatnya tampak menawan dan cantik. Walaupun ia terlihat s3ks1, sebenarnya Neelofa tidak mended4hkan kulitnya kerana ia ditutup menggunakan legging ataupun lining. Itu cerita sebenarnya. Bukan ded4hkan aurat seperti yang disangka.

Neelofa dikatakan menghadiri sebuah acara eksklusif di outlet jam tangan mewah, Tag Heuer, The Garden pada jam 5 petang semalam. Pada majlis tersebut, duta Tag Heuer yang merupakan seorang model terkenal dari Amerika Syarikat, Bella Hadid turut bersama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Pada majlis makan malam tersebut, Neelofa mengajar Bella bagaimana untuk membuka balutan nasi lemak semasa makan malam bersama yang dihadiri beberapa artis Malaysia terkenal. Hadid dalam insta story Neelofa kelihatan sangat gembira semasa makan malam tersebut. Jika anda masih ingat, sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018.

Dimana pada acara fesyen terbesar ini menampilkan kehadiran ramai selebriti terkenal bagi melihat koleksi pereka-pereka terkenal. Apa yang menjadi tumpuan adalah beberapa selebriti yang menggayakan jenama di bawah The Melium Group termasuk Neelofa. Kelihatan anggun menggayakan jaket penuh berwarna perang, Neelofa tampil memperagakan pakaian tersebut di atas pentas peragaan.

Selain Neelofa, selebriti lain yang menggayakan jenama tersebut adalah Awal Ashaari, Idris Khan, Syafiq Kyle, Siti Saleha dan ramai lagi. Namun begitu, melihatkan pada gambar dan video yang dimuatnaik di Instagram, rata-rata netizen memberi komen negatif mengenai pakaian tersebut. Menurut mereka, pakaian tersebut seperti terlalu s3ks1 dan menampakkan bentuk tubuh Neelofa yang agak ketara.

Ramai yang menasihati pengacara ini agar tampil berhati-hati dalam berfesyen apatah lagi statusnya yang kini berhijab. Tajam betul pandangan mata para netizen. Tpai sebagai ‘public figure’ Neelofa harus lebih berhati-hati dalam pemilihan pemakaian nya. Cantik memang tak perlu dinafikan tapi adakah sesuai? Maklumlah.. orang Malaysia sangat prihatin.

Apa pula kata anda? Barangkali warna tersebut tidak sesuai digayakan oleh Neelofa dan menampakkan sisi tubuh badannya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber dari hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *