“Ingatkan Lana Nordin Rupanya Nazim Othman” N3tizen Tertipv Dan Keliru

Kelmarin, pelakon Nazim Othman telah memuat naik satu video seorang ‘wanita’ ke akaun Instagram miliknya dan ramai menyangkakan yang wanita tersebut adalah pelakon Lana Nordin.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya sedar yang ‘wanita’ tersebut sebenarnya adalah Nazim Othman yang menggunakan aplikasi Snapchat yang membantu merubah wajah lelaki kepada wanita menggunakan fungsi filter dalam aplikasi tersebut.

“Ok make up dah siap.. tinggal nak buat rambut je pastu nak gi Pavillion shopping,” tulis Nazim diruangan kapsyen video pendek tersebut yang menghiburkan para pengkikutnya di laman sosi4l itu.

Posting Nazim tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata terhibur dan memuji kecantikannya yang saling tidak tumpah seperti Lana Nordin.

Kredit foto : Ig Nazim Othman

Rakan-rakan artis turut terhibur..

Kredit foto : Ig Nazim Othman

Ada juga yang berpesan pada Nazim untuk tidak menukar jantina.

Kredit foto : Ig Nazim Othman

Macam-macam la kan aplikasi yang wujud sekarang ni. Risau pulak penulis kalau terjatuh cinta dengan kaum sejenis. Huhu! Sumber cari

Artikel baerkaitan ‘Nazim Othman gembira untuk Bella’

Mengakui sedikit terkesan melihat Bella melangsungkan perkahwinan, Nazim bagaimanapun mendoakan kebahagiaan bekas isterinya itu.SEWAKTU mantan isterinya, dramatis Bella Daly melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu, pelakon dan penyanyi, Nazim Othman mengakui berasa sedikit terkesan.

Menurut lelaki berusia 35 tahun itu, dia gembira apabila mendapat tahu bahawa Bella telah bertemu dengan belahan jiwanya. Cuma, perasaan kurang senang tersebut timbul apabila Nazim menyedari kesilapan dan kekurangan dirinya sehingga gagal menyelamatkan perkahwinan mereka yang dibina sekitar dua tahun lepas.

Bagaimanpun, Nazim yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Cerita Kita di Flora Terrace, Kuala Lumpur kelmarin menjelaskan, dia tidak boleh terus menyalahkan diri sendiri memandangkan percer4ian yang berlaku pada 2 Mei tahun lalu adalah berpunca daripada pilihan rasional kedua-dua pihak.

Dalam masa sama, Nazim turut menyangkal d4kwaan bahawa lagu Cerita Kita ciptaan Audi Mok dan Omar K yang dilancarkan sehari selepas Bella mendirikan rumah tangga itu adalah berkisarkan tentang kisah hidupnya selepas dia bercer4i dengan bekas isteri.

NAZIM: Sejujurnya, saya gembira dengan Bella dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya. Namun, dalam masa sama, saya berasa sedikit terkesan apabila mengimbau kembali saat saya tidak mampu mempertahankan perkahwinan kami.

Saya tahu saya seorang yang kuat, tetapi kenapa ketika itu saya tidak boleh teruskan perkahwinan? Saya berasa ralat dengan diri sendiri. Apakah reaksi anda pada hari perkahwinan Bella?

Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar. Malah, saya sendiri tidak memberi sebarang ucapan dalam media sosi4l.

Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya dan saya pernah luahkan perkara tersebut kepadanya secara berdepan. Adakah anda menerima undangan untuk menghadiri majlis perkahwinannya tempoh hari?

Saya ada menerima undangan secara gurauan. Andai kata saya menerima undangan secara rasmi daripada Bella sekalipun, demi menghormati keluarganya adalah tidak wajar untuk saya untuk menghadirkan diri.

Bella telah selamat menamatkan zaman jandanya. Adakah anda akan mengakhiri zaman duda dalam masa terdekat? Buat masa ini, saya belum bersedia untuk berkenalan dengan mana-mana wanita atau menanti jodoh. Bagi mengisi banyak masa terluang, saya mahu memberi fokus terhadap kerjaya lakonan.

Tindakan anda melancarkan lagu sehari selepas Bella melangsungkan perkahwinan menimbulkan spekulasi. Benarkah lagu Cerita Kita berkisarkan tentang kisah anda dan Bella sebelum serta selepas percer4ian?

Lirik dalam lagu Cerita Kita tidak ada kena-mengena dengan kisah hidup kami. Tambahan pula, lagu ini telah dirakamkan beberapa tahun lalu ketika kami masih bergelar suami isteri. Berkenaan dengan tarikh pelancaran lagu, saya memang mahukan Flora Terrace sebagai lokasi kerana tempat ini selari dengan tema lagu.

Disebabkan jadual kerja yang padat, kekosongan untuk menganjurkan majlis di Flora Terrace hanya ada pada 1 April 2019. Tarikh ini adalah kebetulan sahaja. Jadi, sebarang andaian yang diberikan adalah spekulasi semata-mata.

Apakah yang akan dilakukan jika terdapat pihak yang mengkritik nyanyian anda? Saya merupakan seorang individu yang setia dengan impian. Disebabkan itu, saya tetap akan melakukan perkara yang disukai. Soal kr1tikan, saya menerimanya dengan hati terbuka. Jika saya tidak terima kr1tikan, saya tidak boleh memperbaiki kelemahan diri. sumber kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *