Ini fasa paling getir seumur hidup saya – Aliff Aziz

KUALA LUMPUR 16 Mei – Bukan yang pertama, bukan juga yang kedua tapi sudah berkali-kali kita dengar kisah cvrang pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella Astillah.

Ibarat tiada erti sesal, Aliff menerima kec4aman hebat warg4net yang menyatakan sokongan padu terhadap isterinya yang telah beberapa kali ‘dit1pu’ dan dipermainkan.

Namun Aliff yang juga bapa kepada seorang anak secara eksklusif kepada Utusan Online berkata, sekarang adalah fasa paling getir yang dia lalui sepanjang 28 tahun hidup.

“Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff enggan meneruskan perbualan tersebut dan meminta ruang kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan. “Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang,” katanya lagi.

Selasa lalu sekali lagi nama Aliff terpalit kontr0ersi apabila gambar tidak senonoh bersama gadis bawah umur tul4r dan menggemparkan industri hiburan tanah air.

Kru Utusan Online menerjah ke sebuah hotel di ibu kota yang dipercayai menjadi tempat berlindung pelakon itu setelah gambar tersebut tersebar. Menurut sumber, hotel tersebut merupakan lokasi ‘persembunyian’ Aliff untuk 10 malam berturut-turut bermula 13 Mei lepas. Sumber utusan online

Kontr0versi Aliff: Gambar terbaru cetus tanda tanya

KUALA LUMPUR: Bagai drama rantaian, kontr0versi membabitkan Aliff Aziz dengan seorang gadis seakan-akan memasuki episod kemuncak apabila tersebar sekeping lagi gambar panas di laman sosi4l.

Menerusi foto yang tul4r sejak malam tadi, individu dikenali sebagai Nismell itu kelihatan memakai pakaian dal4m rona hitam sedang dicivm jejaka yang tidak kelihatan wajahnya.

Begitupun, pihak yang berkongsi gambar terbabit mend4kwa, lelaki tanpa baju yang hanya dapat dilihat sebelah mukanya itu adalah penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura terbabit.

Individu dipercayai rakan Nismell ‘menyer4ngnya’ apabila gadis terbabit dikatakan cuba menegakkan benang basah, sekali gus berkongsi foto terbaru sebagai bukti ke1ntiman mereka.

“Kau ini tidak layak dipanggil manusia. Kawan rapat semua pertahankan kau bersungguh-sungguh yang kau kononnya dif1tnah. Kau pula beriya-iya minta maaf, sana-sini. Siapa mahu percaya kau, b0d0h. Ini gambar tidur kau dengan Aliff Aziz,” katanya di Insta Story.

Tidak berdiam, Nismell yang membuat permohonan maaf terhadap isteri Aliff, Bella Astillah, semalam, kembali mempertahankan diri. Berkongsi semula paparan Insta Story terbabit, gadis berkenaan kemudian menegaskan semua itu fitnah kerana jejaka dalam gambar terbabit adalah bekas kekasihnya.

Sebelum ini, Nismell mendakwa mereka tidak pernah melakukan apa-apa, tambahan pula baru mengenali Aliff pada sebuah acara tertutup. Katanya lagi, isu tercetus hingga mengheret namanya sekali berpunca daripada kawan yang bersifat dengki.

Semalam, nama Aliff kembali h4ngat diperkatakan apabila did4kwa cvrang kali ketiga selepas gambar lelaki mirip dirinya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian s3ksi tul4r.

Selain foto panas berkenaan, beberapa jam selepas itu tersebar pula rakaman video ‘live’ Instagram menunjukkan dirinya dengan gadis sama. Difahamkan, gambar intim hasil rakaman gadis itu sendiri disebarkan seseorang yang dikenalinya berikutan perselisihan faham mengenai hvtang.

Terdahulu, Aliff terpalit kontr0versi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, isterinya memaafkan perbuatan itu hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.Hingga kini, Aliff dilihat tidak mengendahkan kontr0versi berkenaan mahupun pended4han Bella yang nekad mahu meneruskan hidup tanpanya. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *