“Ini kalau masih ada yang nak komen negatif pasal baju DCT ni memang…”- Super cantik Dan Berbeza Sangat

Terbaru, PEREKA fesyen terkenal Rizman Ruzaini telah berkongsi baju rekaannya untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Rata-rata n3tizen memuji kecantikan Dato’ Siti dan memuji rekaan baju tersebut. Antara komennya:

“Ini kalau masih ada yang nak kom3n negatif pasal baju DCT ni memang buta hatilah” – memang super cantik sangat 😍

Sumber : ig rizman ruzaini

Artikel Berkaitan. Jika sebelum ini Busana Dikrit1k. Jom baca “N3tizen Krit1k Baju Konsert Di Jakarta, Ini Komen Siti Nurhaliza”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersikap terbuka menerima kr1tikan dari n3tizen di media sosi4l berkenaan pakaian yang dipakainya ketika konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta 21 Februari lalu.

Menerusi laporan HLive, Siti mengatakan ramai n3tizen yang mengkr1tik pakaiannya seumpama mereka benar-benar mahir mengenai hal itu. “Saya tak kisah, mereka berhak untuk bersuara, tak kira lah mereka peminat biasa atau sesiapa yang lain.

“Ramai yang komen seperti mereka bijak pandai, banyak faktor yang membuatkan saya memilih pakaian begitu. Cuba kalau mereka buat apa yang saya buat, adakah mereka boleh lakukan?” kata Siti.

Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour bakal meneruskan pelayaran ke Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac dan pulang melabuhkan tirai ke Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac nanti.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Sumber gempak

Artikel Berkaitan. “Datuk Siti Nurhaliza Jual Baju Preloved di Instagram, Paling murah RM100”

Bagi yang meminati gaya Datuk Siti Nurhaliza anda juga mampu kelihatan seperti penyanyi nombor satu negara ini. Membuka peluang peminat memiliki busana yang pernah dipakai, Datuk Siti sejak dua minggu lalu telah mula menjual baju preloved miliknya menerusi akaun instagram @prelovedctdk11.

Setakat ini lebih 30 helai baju yang pernah dikenakan Datuk Siti dimuat naik dalam intagram tersebut dan menerima respon yang menggalakkkan dari peminatnya. Jelas Datuk Siti yang dipetik dari mStar Online, penjualan pakaian preloved miliknya itu dibuat kerana mahu menyusun semula bilik persalinannya dengan koleksi pakaian terbaharu.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” ujarnya.

Terangnya lagi kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu. Antara jenama pakaian yang dijual ialah daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Bernard Chandran.

Setakat ini harga paling rendah dijual dalam instagram @prelovedctdk11 yang mempunyai lebih 18 ribu pengikut adalah RM100. Bagaimana pun semua saiz baju tersebut adalah mengikut saiz tubuh penyanyi ini iaitu antara saiz S dan M.

Blaus rekaan Bernard Chandran ini dijual pada harga serendah RM100. Dalam pada itu istimewa untuk pembeli baju di intagram ini juga turut akan menerima nota dengan tandatangan dari Datuk Siti. Sumber karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *