Isteri Sharnaaz Ahmad, Nabila K0ngsi Kandungan Perbualan Mesra Dengan Individu Misteri

Rasanya umum sudah tahu perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila kini bermasalah dan mereka saling berkongsi status sedih di laman sosial tentang rumah tangga mereka.

Baru-baru ini, kakak kepada pengacara terkenal Neelofa itu telah berkongsi screenshoot mesej perbualan dengan individu misteri di laman instagramnya.

Individu tersebut memberi kata-kata semangat untuk Nabila supaya dia lebih teguh dan kuat untuk menempuh segala ujian. Bukan itu sahaja individu itu juga sentiasa doakan Nabila dan Bayinya sehingga sanggup membawa susu ke rumahnya.

Siapa sebenarnya individu misteri ini? Sampai perlu guna perkataan sayang dan I love you kepada isteri orang? Adakah dia sahabat baik Nabila, keluarga atau…

Apa pun yang terjadi kepada mereka sekarang kita doakan sahaja yang baik-baik, tiada rumah tangga yang sentiasa aman tanpa masalah, yang penting kedua-dua mereka harus bertolak ansur, demi anak lelaki mereka Jayden. Untuk pengetahuan anda semua Nabila dan Sharnaaz bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden.

Hah, bagi yang ketinggalan bas, sebelum ini kecoh apabila pasangan Nabila dan Sharnaaz mengalami kemelut rumah tangga. Betul ke..? Ini kerana kelihatan ayat-ayat pedih dipost di media sosi4l mereka. Jom baca Artikel berkaitan

“Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Berbalas Sindiran Di InstaStory Selepas Padam Beberapa Gambar Di Instagram? Betul Ke Ni?”

Khabar angin yang melanda pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila baru-baru ini membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengenai status rumahtangga mereka. Pasangan suami isteri ini dilihat telah memadam sebahagian gambar mereka bersama di Instagram masing-masing. Kenapa padam?

Namun, berita tersebut dinafikan oleh Sharnaaz Ahmad yang menjelaskan dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama di luar kawasan, menyebabkannya kurang berada di rumah.

Netizen biasalah mula tertanya-tanya apa yang sudah jadi dengan perkahwinan mereka ni apabila mereka dikatakan mula memuat naik status di InstaStory masing-masing dengan ayat seolah-olah memerli antara satu sama lain.

Begini Status Sharnaaz Ahmad. “Walaupun ayat yang ditulis tersebut tidak menjurus kepada sesiapa, tapi peminat mula buat spekulasi sendiri. Biasalah mulut peminat ni kan!”

Manakala Status Noor Nabila. “Rata-rata peminat mendoakan agar rumahtangga pasangan ini kembali bahagia dan meminta agar pasangan ini bersemuka dan selesaikan masalah yang ada.”

Walau apa pun berlaku semoga rumah tangga mereka dapat diperbaiki dan mereka terus bersama hingga akhir hayat. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik antara mereka. Terima Kasih. Sumber ohhangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *