‘Jangan tinggalkan saya Wawa’ 7 Tahun Bersama Ini Kata-kata Aeril Zafrel Kepada Isterinya

“JANGAN tinggalkan saya. Saya akan terus membahagiakan awak,” kata pelakon Aeril Zafrel buat Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahun ke-27 isterinya itu, semalam.

Aeril, 31, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut mendoakan Wawa terus menjadi isteri solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak mereka. Menurut Aeril, Wawa sentiasa ada bersamanya tidak kira ketika susah atau senang terutama dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Saya berdoa semoga apa yang diimpikan Wawa dalam hidupnya tercapai. Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam dirinya terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

“Dari awal perkahwinan sampai sekarang yang kini mencecah tujuh tahun, Wawa sentiasa ada bersama saya. Dia tidak pernah bosan menasihati saya supaya menjadi suami yang bertanggungjawab.

“Sikap yang ditunjukkan Wawa itu membawa kepada kejayaan untuk kami sampai ke tahap sekarang,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya apakah hadiah yang diberikan sempena ulang tahun Wawa, Aeril berkata, dia tidak membeli sebarang hadiah selain mengadakan majlis hari jadi bertemakan serba putih itu.

“Jika tahun lalu saya hadiahkan kereta, tahun ini tidak ada. Disebabkan terlalu sibuk bekerja, sampai lupa mahu bagi hadiah. Lagipun, Wawa bukan seorang yang meminta-minta. Kalau ada, adalah. Sekarang pun saya belum terfikir mahu belikan apa. Kalau beg tangan dia boleh beli sendiri bila-bila masa. Jadi, saya tidak ada idea lagi,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan anak ketiga, Aeril menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT. “Belum ada rezeki lagi. Kami tidak menolak rezeki Allah. Malah, kami tidak pernah merancang,” katanya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Sumber hmetro

Artikel lain berkaitan. “6 Tahun Kahwin, Setahun Renovation, Aeril & Wawa Akhirnya Masuk Rumah Baharu”. Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya berjaya memiliki rumah pertama mereka.

Berkongsi momen mengujakan itu, Wawa turut berterima kasih kepada Aeril atas usaha dan kerja keras bersama untuk memiliki mahligai idaman itu.”Selepas enam tahun kahwin dan setahun pengubahsuaian, kami akhirnya masuk ke rumah pertama kami. Susah senang bersama,” kongsi Wawa menerusi sepotong video di Instagram.

Aeril juga sempat berseloroh dengan isterinya, selain membahagiakan mereka sekeluarga kediaman itu juga dianggap rahsia untuk isterinya ada bersamanya. “Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah, kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?” tulis Aeril sambil berkongsi dekorasi dalaman kediaman tiga tingkat itu.

Perkongsian Wawa dan Aeril itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan kediaman mewah itu ganjaran atas titik peluh mereka bersama. Kediaman Aeril dan Wawa diubah suai oleh pereka hiasan dalaman popular, Lentera Creative Home.

Apakata, kita lihat sendiri rumah baharu milik pasangan Aeril dan Wawa ini. Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *