“Janganlah kita manusia jadi Tuhan mahupun Malaikat” Awi Rafael Kena ‘Tarbiah’ Dengan Norish Karman Gara-gara Isu Batal Kahwin

Pelakon Norish Karman hari ini, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir kaum lelaki yang sanggup membatalkan perkahwinan gara-gara kisah silam wanita yang mahu dinikahinya.

Luahan ini telah dikongsikan menerusi akaun instagram Norish di IG stories dan dilihat ada menyebut nama Awi Rafael yang sedang hangat dengan k0ntroversi membatalkan perkahwinan di saat-saat akhir.

Menurut Norish, sebagai seorang lelaki dan bakal bergelar suami, seharusnya lebih bersedia untuk memegang peranan penting membimbing keluarga ke jalan yang betul dan bertanggungjawab atas apa sahaja tingkah laku bakal isteri dan anak-anak.

“Lelaki adalah Khalifah membimbing wanita juga anak-anak. Hanya yang lemah dan dayus mengharap kesempurnaan dari wanita yang dicipta dari rusuk lelaki. When Allah swt sent a woman to a man, it is only for him to guide to build to love and care for her. Kesempurnaan tak akan dikecapi dalam manusia.” – tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, seharusnya bagi seorang lelaki yang mahu berkahwin, sepatutnya jangan biarkan hidup ini dihantui oleh kenangan silam bakal isteri. Jangan disebabkan peristiwa silam itu membuatkan seseorang lelaki itu sanggup membatalkan perkahwinan.

“Suatu hari nanti kita akan menyesal kerana menghukum manusia atas masa lampau manusia lain, janganlah kita manusia jadi Tuhan mahupun Malaikat”-katanya

Bersetuju dengan kenyataan Norish, bagi penulis, yang lepas, biarkan lepas kerana tidak akan dapat mengubah apa pun. Fokus apa yang ada di hadapan kita. Pastikan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik buat diri kita.

Sumber:hangat

Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

Walaubagaimanapun, di dalam ruangan komen di Instagram, terlihat bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali memperbetulkan punca sebenar mengapa perkahwinan ini dibatalkan. Kata Suhaime, tindakan yang diambil sebenarnya adalah dari keputusannya sendiri bukannya Awi yang membatalkan perkahwinan ini.

“Saya bapa Atikah Suhaime, nak perbetulkan, majlis (Pernikahan Awie dan Atikah) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan” – katanya di ruangan k0men. Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini. Sumber pelbagai artikel. Kredit : Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *