Jihan Artis Pertama – Makeup Jadi Hantu ‘Barang Xbanyak’, Alha Kongsi Keperitan Dengan Jihan alha

Siapa sangka, disebalik kejayaan Datuk Alha Alfa yang kini diantara jurumekap berjaya dan dikenali ramai namun sebenarnya ada keperitan yang perlu dia tempuhi untuk sampai ke tahap sekarang.

Menerusi Instagram, Datuk Alha berkongsi kisah keperitannya bersama Jihan Muse iaitu seorang selebriti terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan malah bergelar pelawak. Kata jurumekap terkenal ini, Jihan merupakan artis pertama yang menerima solekan darinya.

Jihan adalah artis pertama..

Kepada sahabatku Jihan Muse hahaha pls jangan marah I throwback sikit zaman perkenalan kita dulu.. kalau nak tau, Jihan adalah artis pertama yang saya sentuh dan berkarya..zaman UiTM dulu, weekend nak carik duit lebih saya makeup untuk production.

Pastu Jihan antara pelakonnya.. n zaman tu Jihan baru keluar MAHARAJALAWAK.. so teringat satu ketika ni, saya kena makeup Jihan jadi hantu..

Saya pakai tisu dan WATERCOLOR jenama BUNCHO!

Saya barang makeup tak banyak.. nak beli makeup effect duit tak mampu.. mahai.. sudahnya saya pakai tisu dan WATERCOLOR jenama BUNCHO! mesti korang ingat kan? ahahaha.. sapu satu muka Jihan.. Jihan tanya saya “babe, panas la muka i.. emmang rasa gini ke” saya pun bisik.. Jihan, nu je Alha ada.. soryy naa.. I janji pakai sikit je..

Lepas settle makeup.. Jihan Shoot jadi hantu kena duduk kat area longkang.. longkang tu tinggi dan dalam hutan. perangai Jihan duk huha huha.. esoknya pergi set.. dua2 kena gigit antu.. dia kena kat peha.. besar tapak tangan.. saya kena kat lengan.

Tahniah..

Bagaimanapun gara-gara hal itu, Datuk Alha dan Jihan mula rapat selain dia juga bercerita mengenai kisah perjalanan bersama.

Di ruangan komen, rata-ratanya juga terkejut dengan pendedahan Datuk Alha selain turut respek dengan kejayaannya malah Jihan juga yang mana kedua mereka sudah berjaya.

Biodata Alha Alfa, Pengasas Kosmetik Dan Jurusolek Artis

Nama penuh: Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil manakala Nama popularnya Alha Alfa. Umur 30 tahun (2018) dan Kelahiran dari Kuala Lumpur. Pendidikan peringkat Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina.

Pekerjaan sekarang Jurusolek artis dan pengasas produk kosmetik dan Media sosial Instagram @alhaalfa dan Facebook Alha Alfa.

Fakta Menarik

#1.Mesra dipanggil Alha. Memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2A 4B 3C. Selepas SPM, Alha mengambil upah sebagai tukang cat untuk menjana pendapatan memandangkan dirinya bukan berasal daripada keluarga berada.

#2. Dalam masa sama, beliau turut bekerja sebagai ‘tukang buat Pizza’ di restoran Pizza Hut selama lebih kurang setengah tahun. Kemudiannya Alha mendapat tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, namun berbelah bahagi kerana mengenangkan dirinya yang mempunyai dua adik yang masih perlu ditanggung, apatah lagi ekonomi keluarganya ketika itu tidak baik.

#3. Namun sudahnya, ibunya menggadai rantai emas perkahwinan bagi menyara pengajian beliau yang turut dibantu oleh hasil pendapatannya sewaktu bekerja di Pizza. Sambil belajar, Alha berusaha mendapatkan sejumlah wang menerusi kerjaya sebagai jurumekap sambilan.

#4. Namun dalam waktu sama, dirinya sekalipun tidak mengabaikan pelajaran. Buktinya, dalam beberapa semester pengajian, beliau telah menerima Anugerah Dekan. Kemudian, Alha menyambung pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan kerjaya jurumekapnya berkembang apabila turut terpilih menjayakan produksi drama.

#5. Beliau berkenalan dengan beberapa selebriti popular yang sekaligus mengangkat namanya di persada dunia hiburan. Selain itu, Alha turut diberi tanggungjawab menggalas peranan sebagai pembantu peribadi kepada penyanyi Amy Mastura.

#6. Sehingga pertengahan tahun 2017, rezekinya terus melimpah ruah apabila memiliki produk kosmetik sendiri iaitu ‘Alha Alfa’. Malah dia mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.

#7. Selepas dua tahun produk itu diperkenalkan, beliau kemudiannya menjadi penaja utama bagi acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018.

#8. Bercita-cita untuk menjadikan syarikat kosmetiknya sebagai nombor satu di Malaysia. Pernah menyolek ramai selebriti popular seperti Fasha Sandha, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse, Amy Mastura dan ramai lagi.

#9. Menganggap produk kosmetiknya mendapat sambutan hangat kerana dihasilkan secara organik, mempunyai kelulusan ujian makmal serta diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

#10. Beliau mengakui ramai selebriti yang sudah beralih daripada jenama antarabangsa kepada produknya yang sekaligus mengangkat kualiti keluaran tempatan setaraf dengan jenama luar negara. Menyifatkan kejayaan yang diraih kerana minat yang mendalam dan niat baik untuk membantu keluarga.

Foto Terkini

Sumber: Datuk Alha Alfa via himpunanceritalawak / iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *