“Kakak harap mama maafkan d0sa kakak”- Cikgu Kongsi Tulisan Sayu Alia Yang Dider4 Ibu Dan Pasangan pengk1d.

Kisah Alia, dari kacamata anak berusia 13 tahun.

Ini tulisan Alia. Luahan hati dia tanpa paksaan sesiapa. Bait katanya meruntun perasaan. Dia meluahkan segalanya di atas kepingan kertas.

Bahagian 1

Selepas setahun bersama mama dan pasangannya, kehidupan aku mulai berubah. Kebahagiaan dan kegembiraan yang selama ini aku peroleh hanyalah sementara sahaja.

Sejak dari itu, mereka asyik marah dan memukul aku. Sedangkan aku tidak buat apa-apa salah. Saya seringkali dituduh oleh pasangan mama. Mama pun mudah sungguh terikut kata pasangannya itu. Sehingga tidak percaya kepada anaknya.

Tetapi aku tahu mama percaya yang aku tidak melakukan seperti yang dikatakan oleh pasangannya. Cuma dia terpaksa. Memenangkan pasangannya itu.

Aku tidak pernah berdendam terhadap ibu sendiri kerana aku takut dicapkan sebagai anak derh4ka.

Syurgakan di bawah telapak kaki ibu. Walaupun kej4m dan jah4t manapun (ayat diblurkan) lah yang telah bersusah payah mengandungkan dan melahirkan aku.

Aku akan sentiasa mendoakan ibu tercinta agar dia bahagia. Tiada siapa yang boleh memisahkan antara kasih sayang ibu dan anak. Orang lihat seperti aku membiarkan mamaku. Tetapi hanya Allah yang tahu betapa sayangnya daku kepada ibu tercinta.

Bahagian II

Sebenarnya mama aku merupakan seorang anak yatim piatu. Mamaku kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi. Sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya ada meninggalkan harta untuk ibuku dan adik lelakinya.

Duit itu arwah ibunya berikan kepada pakcik aku. Arw4h ibunya juga meminta adik lelakinya itu agar menjaga ibuku dan adiknya. Namun amanah yang diberikan tidak dijalankan dengan baik.

Sebaliknya membiarkan anak buahnya tidak bersekolah. Malah duit peninggalan arw4h ibunya juga tidak diberikan kepada ibuku dan adiknya. Tidak tahan diperlakukan sedemikian, ibuku bertekad untuk memulakan hidup sendiri. Sejak daripada ibuku keluar dari rumah pakcik hidupnya lebih bahagia.

Bahagian III

Tahun 2005 tahun dimana mama dan papaku mendirikan rumah tangga. Kemudian pada tahun 2006, aku selamat dilahirkan. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Pada masa itu ibuku belum berkenal dengan pasangannya (pengk1d). Semasa umurku tiga tahun 2009 adalah dimana tahun lahirnya adik aku.

Selepas adikku berusia dalam setahun ibu bapa aku bercer4i. Sebab apa aku tak pasti kenapa diaorang bercera4i.

Selepas bercer4i ibuku bekerja sebagai GR00 di kelab. Aku sedih melihat perubahan mamaku itu. Aku dan adik dihantar ke rumah ayah dan nenek.

Semasa umurku mencecah 6 tahun, sejak itulah mama bertemu dengan pengk1d itu. Pengk1d itulah membuatkan segalanya hancur. Selepas ibuku berkenalan dengan pengkid itu, aku dan adik terus diambil oleh bapaku. Aku rasa lagi selamat tinggal bersama ayah dan nenek.

Aku sedih sewaktu melihat perubahan ibuku. Sedangkan selama ini tidak pernah ibuku melakukan perkara itu. Perkara yang telah dirahsiakan.

Setakat ini sahaja yang mampu diceritakan. Agak perit untuk mengingati setiap peristiwa yang memeritkan ini. Walaupun mama jauh dariku akan sentiasa aku mendoakanmu.

Kakak harap mama maafkan d0sa kakak. Mama tetap di hati. Semoga mama bahagia.

*Kakak sayang mama selamanya -END

Posting Cikgu Fadli Kepada Alia

Betapa anak ini menyayangi ibunya walau mengharungi liku-liku hitam. Neneknya berkata pada aku dalam kereta tadi,

“Cikgu. Kalau cikgu nak tulis kisah Alia dan buku kan, kami benarkan.”

“Tak. Saya tak nak tulis. Saya nak Alia sendiri menulis kisah hidupnya ini dan bukukan suatu hari nanti. Alia ada bakat menjadi penulis. Dia ada kisah yang boleh diceritakan.

Biarlah dia sendiri menulis kisah hidupnya agar sampai ke hati pembaca. Saya akan bimbing Alia menjadi penulis,” balasku.

“Alia nak jadi penulis tak?”

“Nak cikgu,” katanya seraya mengangguk kepala.

“Nanti cikgu ajar ya.”

Dia hanya senyum dengan manis sekali sambil mengangguk kepala berkali-kali.

Bacalah sendiri karangan Alia ini. Seorang anak yang dinafikan hak bersekolah selama 2 tahun boleh menulis sebaik ini.

Jika Alia serius dan dapat bimbingan yang baik, dia pasti menjadi penulis ternama suatu hari nanti.

#MFS – Alia dan liku kehidupannya –

Sumber FB Mohd Fadli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *