Kecoh Gambar ‘Baby Bump’ Fazura di Internet, Si Empunya Jelaskan Fakta Disebalik FattZura Junior

Fazura sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi.Boleh kata rata rata peminat seni tanah air mengenali raut wajah cantik ini yang juga isteri kepada pelakon dan penyanyi Fattah Amin. Sejak mereka mendirikan rumah tangga boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita dan video yang memaparkan saat indah mereka sebagai psangan suami isteri yang berlegar di ruang maya.

Malah ada juga yang begitu teruja dengan psangan ini sehingga menjadikan pasangan ini sebagai idola mereka dalam alam rumah tangga. Baru baru ini Fazura ada memuat naik beberapa gambarnya pada satu fesyen show. Gambar gambar tersebut menarik perhatian netiz3n kerana kelihatan dengan jelas ada baby bump pada bentuk tubuhnya!

Nampak Baby Bump? Wow Tahniah Fazura! Jangan main-main tau dengan deria penglihatan, pendengaran, bau atau penghiduan netiz3n sebab setiap apa yang berbeza terhadap seorang artis pasti dapat dikesan dengan pantas oleh mereka! Baru-baru ini, MH terlihat satu posting daripada pelakon popular, Nur Fazura di Instagram yang memuat naik beberapa keping gambar di sebuah majlis pertunjukan fesyen.

Seperti yang MH katakan tadi deria pernglihatan netiz3n amat tajam sehingga mereka mengatakan terlihat baby bump di perut Fazura pada salah satu gambar yang dikongsikan oleh pelakon tersebut. Ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Fazura dan berharap kandungannya sihat seperti sudah sah pelakon itu sedang hamil. Tapi betul ke Fazura sedang hamil?

Jom MH share sikit gambar yang didakwa netiz3n yang menampakkan baby bump selebriti itu. Ha apa pula pendapat korang? Betul ke nampak baby bump? Di bawah ini pula MH kongsikan komen-komen daripada netiz3n tentang baby bump dan ucapan tahniah diperkongsian Fazura. Sejauh mana kebenaran Fazura kini sedang hamil tidak dapat MH pastikan, kerana sehingga kini tuan punya badan sendiri tidak keluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi jika benar, tahniah MH ucapkan dan kita tunggu sahaja kenyataan yang sebenar daripada tuan punya badan ok! ‘Itu bukan baby bump’ Fazura nafi hamil. Fazura menjelaskan “Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.” Menerusi Instagramnya. PELAKON Nur Fazura, menepis dakwaan bahawa dia kini sedang hamil.

Ini selepas sekeping foto yang dikatakan menampakkan perubahan pada bahagian perutnya menjadi tul4r. Menurut Fazura kepada BH Online, gambar tersebut terlihat demikian disebabkan oleh potongan dan material pakaian digayakan olehnya, bukannya ‘baby bump’ yang menandakan dirinya sedang hamil.

“Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors. “Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insyaallah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,” katanya. Sebelum ini gambar yang dimuat naik oleh aktres berkenaan, dua hari lalu, mendapat komen positif pengikut dan netiz3n.

Ramai yang rata-rata gembira dengan perkembangan terbarunya itu. Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November tahun lalu. Sumber dari Instagram Fazura & Media Hiburan. Apa-apa pun semoga pasangan merpati dua sejoli ini kekal bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *