Kelebihan Mereka Yang Ada Lesung Pipit Selain Berwajah Manis

“Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Bukan main awet muda lagi. Eh, agaknya sebab lesung pipit dia tu nampak muda? Cemburu juga ya orang yang ada kelebihan lesung pipit ni….” Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah ‘kemanisan’ dalam wajah.

Setiap kali tersenyum, terserlahlah aset anda dan ini menambah daya penarik yang cukup besar bagi mereka yang memandangnya. Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi. Tahukah anda, orang yang ada lesung pipit selalunya nampak lebih muda dari usia? Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung pipit mereka miliki.

Lekuk di pipi itu juga membuatkan empunya diri bertambah manis. Cemburunya! Selain nampak comel dan manis, ini antara fakta dan kelebihan lesung pipit ini. Dimiliki oleh 20% manusia. Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai. Ramai tertarik kepada pemilik lesung pipit.

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi. Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang. Nampak lebih muda.Orang yang ada lesung pipit nampak macam ‘baby face’.

Ini disahkan oleh para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. Mereka juga ada aura keceriaan. Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan. Boleh jadi lebih popular.

Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan membantu mereka menjadi lebih popular. Sebab itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut. Lesung pipit boleh menjadi pudar. Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya buat seumur hidup. Ramai yang tak tahu bahawa ia masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda.

Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan. Tetapi, walau apa pun rupa fizikal kita, kita seharusnya sentiasa bersyukur dan memandangnya dari sudut yang positif. Senyum! Sumber dari siraplimau.com dan aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *