“Kesian Mokkay” Rumah PA Kena R0mpak, Sajat Sedih Sampai Naik Jerawat

“Sedih nya… Rumah Mokkay dan Isabella kena r0mpak!” Habis kecoh dibuatnya apabila Sajat meluahkan kekesalannya berhubung rumah pembantu peribadinya, Mokkay dipecah masuk per0mpak.

Kredit foto: IG Mokkay

Jutawan kosmetik itu berasa terkilan apabila memikirkan kejadian seumpamanya berlaku dalam bulan Ramadan. Sampai naik jerawat Sajat memikirkan bagaimana per0mpak boleh memecah masuk sedangkan kawalan keselamatan di kediaman berkenaan cukup ketat.

“Rumah Mokkay dengan Kak Syer kena r0mpak. Kesian, habis semua. “Kita akan ambil tindakan undang-undang ya” katanya.

Bagaimanapun, niat Sajat berkongsi kejadian itu di Instagram memakan diri apabila di ‘diceramah’ n3tizen akibat sikap mereka yang b0ngkak sering mempamerkan kemewahan dan segala aktiviti di laman sosi4l.

Malah, ada juga n3tizen yang sempat meningg4alkan k0men nakal terhadap Mokkay.

Kredit foto: IG Sajat

Jadikanlah insiden ini sebagai suatu pengajaran. Semoga mereka bertabah menghadapi dugaan di bulan puasa. Persoalannya, ada tak yang merasakan luahan kekecewaan Sajat sesuatu yang melucukan sama seperti apa yang n3tizen rasa? Sumber cari

Artikel berkaitan ‘Bagaimana Nur Sajat boleh terlepas?’

KOTA BHARU 13 Mei – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menggesa Kerajaan Pas Kelantan bertindak tegas ke atas usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita ketika menghadiri program di negeri ini, Ahad lalu.

Naib Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Mohd. Romizu Mohd. Ali berkata, tindakan tersebut termasuklah menyaman Muhammad Sajjad, 33, atau Nur Sajat kerana berpakaian menyerupai wanita serta melarang lelaki itu daripada memasuki negeri ini pada masa depan.

Tegas beliau, walaupun bertudung, tindakan Nur Sajat tetap tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan prinsip dan dasar Kerajaan Kelantan yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

“Jadi kita mahu Kerajaan Pas Kelantan keluarkan saman ke atas dia atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita dan gam dia terus daripada masuk dan menghadiri program di negeri ini,” katanya.

Kelibat Nur Sajat berpakaian wanita ketika menghadiri program Mood Republic di bandar ini, kelmarin tul4r di media sosi4l dan mengundang kec4man warga net yang rata-rata mempersoal bagaimana Pas boleh membiarkan perkara itu di negeri ini.

Setakat ini tidak sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri. Mengulas lanjut, Mohd. Romizu memberitahu, pihak penganjur program yang menjemput Nur Sajat juga perlu dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran dan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Jika kerajaan negeri mengambil sikap berdiam diri, ini seolah-olah mereka menyokong golongan l3sbian, g4y, bis3ksual dan transg3nder (LGBT) Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun dalam isu Nur Sajat, tiada pula sebarang tindakan diambil,” ujarnya. Sumber utusan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *