Lana Nodin ‘Ajar Anak Solat’ Dipuji

Sejak kebelakangna ini, keluarga Lana Nodin menjadi tumpuan ramai apabila anak kedua kepada pelakon ini terpaksa menjalani pembedahan jantung kerana masalah injap dialami oleh anak keduanya iaitu William atau mesra dipanggil Billy. Ramai telah mendoakan cahaya mata kedua Lana dan bukan hanya n3tizen malah rakan artis juga turut simpati dan mendoakan kesihatan anak Lana.

Bagaimanapun, terbaru menerusi Inst4gam anak pertamanya pula dikenali sebagai Gia mencuri perhatian apabila sedang belajar solat meskipun masih kecil. Lana kelihatan sedang mengajar anaknya turut tersenyum melihat Gia yang sangat comel apabila cuba membetulkan pergerakannya.

Lana berkongsi beberapa video kepada n3tizen dan rata-ratanya memberikan respon positif selain memuji keluarga ini. Sumber dari Himpunan Cerita Lawak. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Anak Lana tunjuk perkembangan positif. KUALA LUMPUR: Pelakon, Lana Nodin, menarik nafas lega apabila anak lelakinya, William Daud McKienzie, menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani pemb3dahan akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN), Khamis lalu.

Memaklumkan anak keduanya itu dalam keadaan selamat dan terkawal, Lana bagaimanapun berkata, William atau Billy masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi tujuan pemantauan rapi. “Anak saya juga sudah boleh bernafas sendiri, tanpa memerlukan bantuan mesin. Begitupun, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Justeru, kemungkinan dia memerlukan ventilator atau mesin bantuan pernafasan tetap ada.

“Apatah lagi jantungnya pernah terhenti selama 10 minit, sebelum ini. Jadi, tentu sahaja pengawasan ketat diperlukan kerana bimbang ia boleh membawa kepada masalah lain, seperti kerosakan otak. Bagaimanapun, jururawat bertugas memaklumkan, Billy sudah menunjukkan tindak balas positif seperti membuka mata,” kata Lana ketika dihubungi BH Online.

Lana, 39, berkata dia tidak berhenti memanjatkan doa, selain ingin berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan anak lelakinya. Pada masa sama, pelakon filem Biasan dan Chow Kit itu tetap bersedih mengenangkan keadaan permata hatinya.

“Melihat keadaannya kini, saya hanya mampu berharap dia akan sembuh dengan segera. Tak sabar nak peluk dia erat-erat,” katanya. Billy dimasukkan ke IJN sejak Isnin lalu. Menerusi perkahwinannya dengan David atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie, pada 15 Mei 2015, Lana dikurniakan dua cahaya mata.

Selain Billy yang dilahirkan pada 27 Disember lalu, mereka juga dianugerahkan seorang puteri, Gia Quinn McKienzie, yang kini berusia dua tahun. Sumber Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *