M4sih Ing4t Ayu OIAM, Walau Dah Bergelar Tokey Cili Jeruk Kini Sibuk Jual Sambal Terung Pula

Selain bergelar tokey cili, penyanyi Ayu Damit mendedahkan kini sibuk dengan perniagaan sambal terung. Akui penyanyi berusia 30 tahun ini, dia bakal sibuk dengan produk makanan berasaskan sambal segera sepanjang Ramadan ini.

“Ayu akan berniaga di beberapa booth pada bulan puasa ini. Selain cookies dan cili jeruk, saya amat berharap sambal terung akan mendapat sambutan baik. Merupakan masakan orang Jawa, cara masakan sambal ini juga mengambil masa yang lama. Lebih kurang 5-6 jam untuk siapkan sambal terung,” katanya kepada XTRA.

Ayu kini yang aktif mengusahakan tanaman cili di Hulu Langat memberitahu sambal terung keluarannya akan dipek di dalam botol dan mampu bertahan selama tiga bulan.

“Kalau tak letak dalam peti sejuk juga ia mampu bertahan selama tiga bulan. Mudah untuk anda yang pening nak cari menu bersahur atau berbuka nanti, saya mahu mudahkan pembeli,” katanya. Pengasas Ayu Damit Agro Farm ini juga memberitahu masih aktif menerima undangan nyanyian meskipun sibuk di ladang.

“Ramadan ini saya akan membuat persembahan di Hotel De Palma Ampang selama 26 hari. Insha Allah jika tiada aral, saya akan bersama kumpulan pemuzik Sri Mawar menghiburkan tetamu yang datang berbuka puasa di sana,” katanya. Sumber xtra

Artikel Berkaitan ‘Ayu Damit, Ayu OIAM orang sama’

PENYANYI, Ayu Damit mengakui sukar dikenali sejak dia menggunakan nama itu berbanding dahulu, Ayu One In A Million (Ayu OIAM). Ayu atau Norayu Damit, 29, berkata, banyak pihak tertanya-tanya siapa ‘Ayu Damit’ setiap kali dia muncul dalam acara hiburan atau dicadangkan untuk menjayakan persembahan.

“Diakui gelaran juara OIAM banyak mengubah hidup saya. Malah, saya mencipta nama menerusi program ini. Namun, selepas bertahun menggunakan nama berkenaan, saya ambil keputusan tukar kepada nama sebenar sesuai dengan imej baru bertudung.

“Namun, entah di mana silapnya orang susah nak kenal saya dengan nama ini. Seolah-olah ia terlalu asing. Kalau cakap Ayu OIAM, baru mereka tahu. Sedangkan saya masih orang sama.

“Malah, kalau menghadiri sebarang acara mereka lebih suka memanggil saya dengan Ayu OIAM. Saya okey saja dengan nama itu, tetapi buat masa sekarang saya selesa dengan nama sebenar. Takkan saya nak tukar nama lagi kan?” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Ayu beranggapan antara punca orang lambat menyedari kewujudannya adalah sikap sendiri yang tidak konsisten dalam industri hiburan. “Diakui selepas berkahwin dan memiliki anak saya senyap selama beberapa tahun. Saya banyak fokus kepada perniagaan.

“Selepas kembali aktif, saya mulai menerima tawaran menjayakan persembahan. Alhamdulillah, setiap hujung minggu jadual kerja saya sibuk. Saya menyanyi di semua acara dan tidak pernah berkira.

“Disebabkan tidak ada lagu baru dan jarang muncul di kaca TV orang beranggapan saya sudah tidak menyanyi. Insya Allah, kalau ada rezeki saya merancang menghasilkan lagu baru,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *