Majikan Terlalu Baik Hati Hadiahkan Enam Ratus Kereta, Apartmen dan Wang Tunai Kepada Kakitangan Sempena Deepavali

BOS ialah panggilan yang digunakan bagi merujuk kepada seorang ketua di dalam sesebuah organisasi. Selalunya orang yang berjawatan tinggi dan mempunyai pangkat, layak digelar bos, namun seringkali juga kita mendengar, sesetengah orang memanggil panggilan bos kepada mereka yang lebih berusia, kaya, bergaya atau sesiapa sahaja. Dan ini tidak menjadi kesalahan kerana panggilan tersebut kadang-kala dibuat bagi meningkatkan motivasi seseorang.

Seringkali kita disaran agar menjadi pekerja yang baik, ber­disiplin dan berkualiti yang menjadi dambaan para majikan atau bos. Bagaimana pula dengan bos yang menjadi dambaan pekerja? Kisah seorang usahawan dari India, Sayji Dholakia yang menghadiahkan 600 unit kenderaan Renult KWID dan Maruti Suzuki Celerio kepada pekerjanya mendapat perhatian baru-baru ini.

Upacara penyerahan itu disertai Perdana Menteri Narendra Modi yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi terbuka di Surat Gujarat. Acara penyerahan hadiah turut dikongsi kepada umum menerusi pautan video di Facebook peribadi Savji Dholakia. Dholakia sememangnya terkenal di serata India kerana menjadi kelaziman beliau memberi ganjaran mewah untuk para pekerja sempena D1wali.

Dholakia berkata di laman status Facebook miliknya, Matlamat program ini adalah untuk menghadiahkan pekerja yang setia dan berdedikasi kepada syarikat. Kebiasaannya, orang India akan memberikan hadiah antara satu sama lain, terutama sekali bila perayaan Diw4li, iaitu festival H1ndu terbesar yang meraikan kisah kebaikan yang mengatasi kejahat4n. Selain itu, amalan tersebut secara tidak langsung telah melonjakkan ekonomi India setiap tahun.

Beliau juga menghadiahkan wang tunai dan apartmen kepada 1,700 orang stafnya sempena Deepavali. Sebelum itu, beliau menghadiahkan kereta Mercedes Benz SUVs kepada tiga orang staf senior yang berkhidmat selama 25 tahun. Sayji dilaporkan sering memberikan hadiah kepada stafnya sebagai tanda penghargaan.

Sayji adalah contoh bos yang menjadi dambaan sebagai pekerja. Dia menunjukkan contoh teladan baik dengan berkongsi keuntungan syarikatnya dengan pekerja. Walau bagaimanapun, bukan semua majikan mampu berbuat se­perti Sayji yang kaya raya. Jika kita dilantik sebagai bos dalam organisasi yang bukan milik kita, sudah tentu kita tidak dapat memberikan hadiah semewah itu.

Namun, itu bukan bererti kita tidak boleh berbuat baik kepada pekerja bawahan kerana pekerja ialah aset kepada organisasi, justeru kebajikan mereka perlu dijaga dari awal mereka masuk bekerja sehinggalah mereka meningg4lkan organisasi. Sumber dari Utusan Melayu (M) Bhd dan oh bulan

Teringat kata-kata gurauan seorang teman- “ Siapa pun jadi bos semua orang tak suka, siapa suka bos?” Mungkin ada benarnya kata-kata-tersebut. Justeru, jika kita menjadi bos, cubalah menjadi bos dambaan pekerja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *