“MashaAllah i’m so happy thank you so much, InsyaAllah akan selalu menemani saya” Bella Astillah

Mungkin tidak mahu terus terbawa dengan emosi duka gara-gara kontroversi kecurangan suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon wanita, Oktovia Manrose, penyanyi Bella Astillah cuba untuk menghiburkan hatinya dan memuat naik video di akaun Instagramnya.

Menyanyikan semula lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Wanita, video tersebut yang dimuat naik kira-kira empat hari lalu sudah viral dan mendapat lebih 1 juta tontonan setakat ini.

Bukan sekadar sedap suarnya tapi cantik sangat Bella ni menerusi 2 gambar terbarunya.

Rata-rata n3tizen memuji kecantikan Bella Astillah.

Sumber : ig bella astillah dan beautifulnara.com

Sebelum ini kecoh kisah rumah tangga mereka yang berentakan. Jom baca artikel sebelum.Aliff Aziz buat hal lagi – Bella Astillah. PENYANYI, Bella Astillah, 23, yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, mendedahkan mengenai kecvrangan suaminya dengan seorang pelakon wanita.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menerusi akaun Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan antara dirinya dengan seorang peminat yang dikatakan melihat aksi cvrang suaminya dan didakwa m4buk di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Bella ketika dihubungi berkata, dia sedang berbicara dengan ibu mentuanya mengenai perkara berkenaan. “Maaf, saya tak dapat jawab panggilan buat masa sekarang sebab sedang berbual dengan Umi (ibu) Aliff,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan isi hatinya yang kecewa apabila peluang kedua diberikan sebelum ini, seolah-olah dipersiakan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang kepada dia sebab setiap manusia membuat kesilapan dan sebab saya pandang kepada anak. Tapi, apa yang saya lalui selama ini, kalian takkan dapat bayangkan,” tulisnya di Instagram.

Menurutnya, dia mengenal pasti kecvrangan suaminya itu selepas Aliff selesai menjalani penggambaran telefilem. “Selepas Aliff habis menjalani penggambaran telefilem baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu.

“Dua hari sebelum habis penggambaran, dia dah mula berkelakuan aneh contohnya menukar kata laluan telefon dan apabila saya paksa buka telefon, dia buka. Tapi, dia padam perbualan WhatsApp dengan pelakon wanita itu,” katanya.

Bella juga menjelaskan bahawa dia sendiri sudah bersemuka dengan suaminya dan pelakon wanita berkenaan berkaitan isu itu. “Saya nak kepastian, jadi saya hubungi pelakon wanita itu yang menafikan ada hubungan dengan suami malah meminta kebenaran untuk memberi nasihat kepada Aliff,” katanya.

Namun kata Bella, dia bersyukur kerana Allah SWT cepat memberi jawapan kepada kesangsian mengenai keadaan rumah tangganya. Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan k0ntroversi apabila didakwa berlaku cvrang dengan seorang pelakon wanita ketika menjalani penggambaran bersama.

Bella dan Aliff berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *