N3tizen Terhibur Baca Azad Jazmin doa kesembuhan Zul Ariffin Tapi Kenapa Nak Cium Dahi 12 Kali pula

Beberapa hari lepas, pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin telah bergegas ke hospital semasa mempromosikan filem Misteri Dilaila di Indonesia. Dia turut memohon maaf kepada peminatnya kerana terpaksa keluar daripada pawagam semasa  tayangan filem tersebut berlangsung.

Get well soon Zul…

Sehari selepas itu, Zul telah pulang ke Malaysia dan dimasukan ke hospital. Hero filem Misteri Dilaila ini telah memuat naik gambarnya di hospital dengan menulis kapsyen tentang dirinya yang sudah menunda dan tidak mendengar arahan doktor supaya berehat disebabkan terikat dengan jadual pengambaran dan promosi filem.

Zul Ariffin juga menambah bahawa dia akan berehat di hospital dalam beberapa hari dan semua dalam keadaan baik.

Hakak2 test market ke?

Namun begitu, k0men-k0men yang diterima oleh Zul di Instagramnya kebanyakkan adalah daripada peminat wanita. Mereka secara berseloroh memanggil pelakon kacak itu dengan panggilan manja dan mendoakan agar Zul Ariffin cepat sembuh.

Dia nak cium dahi pulak!

Menerusi komen-komen tersebut, terdapat juga satu k0men daripada pelakon terkenal iaitu Azad Jazmin yang membuatkan para netizen terhibur. Umum sedia tahu bahawa Azad pernah berlakon sekali dengan Zul dalam satu filem aksi beberapa tahun lepas dan hubungan mereka kekal rapat seperti dahulu.

Rata-rata n3tizen berasa terhibur dengan komen yang ditinggalkan oleh Azad. Azad yang sinonim dengan watak lucu kerap memuat naik video rakaman aktiviti hariannya dengan keluarga di Instagram dan mengundang tawa n3tizen.

Buat hal ea pak Azad!

Sumber : Instagram Zul Ariffin

Artikel berkaitan. “Kononnya Zul Ariffin Kahwini Gadis Ukraine, Ini Jawapan Empunya Badan”. Pelakon Zul Ariffin enggan membuat kenyataan rasmi berhubung status hubungannya dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang pernah dikaitkan dengannya sejak tahun lalu.

Jelas Zul, segalanya sudah jelas di mata orang awam sejak skandal hubungannya dengan wanita terbabit didedahkan n3tizen satu persatu. “Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu,” ulasnya kepada Gempak.

Zul ketika ditemui pada majlis pratonton filem Misteri Dilaila di e@Curve Damansara malam tadi menganggap gelaran ‘husband’ yang ditulis Tanya di Instagramnya hanyalah atas dasar panggilan manja.

“Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I. Orang nak gelar apa pun suka hati dialah,” tambahnya.

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu n3tizen menerusi persamaan kemas kini foto sejak pelakon itu berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu. Gadis itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama ‘Zul’ di jari tangannya.

Manakala, baru-baru ini juga foto-foto terbaharu mereka kembali tular menerusi pembongkaran tanpa lelah n3tizen. Akaun wanita itu juga turut diserang peminat fanatik Zul hingga pemiliknya memadamkan hampir kebanyakan gambar yang dimuat naik dan meny3lar kembali tindakan n3tizen Malaysia yang bertindak agr3sif.

Secara tuntas kata Zul, dia tidak akan menafikan hubungan mereka dan mengandaikan masyarakat sudah boleh menilai sendiri berdasarkan apa yang mereka lihat. “Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas.

“Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu. Sudah ada di situ, jadi tengoklah!” ujarnya. Zul bakal muncul menerusi filem thriller seram Misteri Dilaila bergandingan dengan Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri.

Filem arahan Syafiq Yusof itu bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019.Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *