Nafi Cvrang..Dia Yang Nak “Up”,Saya Yang Malu.Suami Nadya Syahera Tampil Ceritakan Hal Sebenar.

Sejak semalam, warganet mula kecoh berbicara tentang kr1sis rumah tangga melanda pasangan aktres, Nadya Syahera, 26 dan suaminya, Fizul Nawi, 27, yang telah berkahwin selama empat tahun.

Dida4kwa telah mencurangi Nadya apabila berhubung mesra dengan adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal, Fizul ketika dihubungi hari ini menafikan hal tersebut.

“Jujurnya, hubungan yang terjalin antara saya dan wanita tersebut sekadar kenalan biasa, tidak lebih daripada itu seperti yang dida4kwa.

“Mungkin dia cuba nak naikkan nama, tetapi sekarang ini saya yang malu dibuatnya!” ujar Fizul atau Mohamad Hafizul Md. Nawi secara sinis menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Tonton video temu bual eksklusif di saluran YouTube MHE TV untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku dalam kemelut rumah tangga Fizul dan Kak Bed. Sumber MHE TV

Terdahulu terdapat artikel bertajuk ‘Saya bukan janda – Nadya Syahera’. Jom ikuti kisahnya. KUALA LUMPUR – Pelakon, Nadya Syahera menafikan dia seorang janda sewaktu bernikah dengan suami, Fizul Nawi, empat tahun lalu.

Nadya, 26, yang kini sedang berdepan krisis rumah tangga apabila suaminya berlaku curang dengan seorang wanita dari Kelantan memberitahu perkahwinan sekarang adalah yang pertama baginya dan kedua bagi suami.

“Saya bukan janda, suami saya yang duda ketika berkahwin dengan saya. Ada portal yang salah menulis saya pernah berkahwin sebelum ini. Sekarang pun saya masih mempertahankan status sebagai seorang isteri walaupun sudah mendapat bukti bergambar bahawa suami saya cvrang,” ujarnya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah pelakon drama I Love You Abang Bomba itu lagi, dia mengetahui hal kecvrangan itu seminggu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Naluri saya sebagai seorang isteri sudah terdetik ada yang tidak kena dengan suami apabila terlalu kerap ke Kelantan kononnya atas urusan kerja sampai sebulan tidak balik menjenguk saya dan anak-anak.

“Ternyata tepat jangkaan saya apabila mendapat kiriman bukti bergambar mereka berdua menerusi telefon,” jelasnya lagi. Biarpun kecewa, Nadya tidak terlintas untuk memohon cer4ai dan nekad berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Kami ada anak, saya tidak mahu menyerah sebelum berusaha sehabis mungkin untuk mempertahankan rumah tangga ini,”katanya lagi. Pasangan ini bernikah pada September 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose,2 dan Mohammad Dayyan,1. Sumber kosmo ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *