Nak Cakap Mandarin Sepenuhnya Dengan Anak, Shila Amzah Tak Ajarkan Bahasa Melayu K3r

Anak belum lahir, tapi Shila Amzah dah ada banyak perancangan buatnya. Penyanyi ini katanya dalam usaha untuk memperbaiki bahasa Mandarin sebab nak cakap sepenuhnya dengan anak menggunakan bahasa tersebut.

Sementara itu, suaminya, Haris pula boleh ajar bahasa Inggeris. Memang eloklah nak ajarkan banyak bahasa tapi ada juga yang mempersoalkan siapa pula yang nak ajar bahasa Melayu kepadanya.

Bahasa Melayu tak penting ke? Menjawab persoalan tersebut, Shila berkata tok abah, wan, aunties dan uncles yang akan ajarkan. Di ruangan komen ramai juga yang bersetuju dengan perancangan Shila.

Kata mereka senang nak cari kerja. Ada juga yang bagi pesanan jangan ajar banyak bahasa serentak, keliru pula baby itu nanti. Terpulanglah kan nak ajar bahasa apa pun. Anak masing-masing mesti tahu apa yang terbaik buat mereka. Tak begitu? Sumber cari dan twitter dan instagram shila amzah

Sebelum ini, ada artikel berkaitan yang mengatakan Shila Amzah kurang beraksi di pentas hiburan. Artiekl bertajuk – Tidak aktif kerana alahan, Shila Amzah umum hamil anak pertama

Shila Amzah berkongsi berita kehamilannya bersama teman rapat dan peminat di Instagram. ANAK merupakan anugerah yang tidak ternilai. Kehadiran cahaya mata semestinya membahagiakan pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Bagi Shila Amzah, detik istimewa bakal bergelar ibu dikongsinya bersama teman rapat dan peminat di Instagramnya pada Ahad. Penyanyi yang popular dengan lagu “Patah Seribu” itu berasakan ini detik yang amat sesuai untuk mengumumkan kehamilannya kepada umum.

“Mungkin ramai yang sudah mula meneka, dan saya rasa ini merupakan masa yang sesuai untuk saya umumkan yang saya hamil,” katanya di Instagram. Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Ini merupakan anak pertama Shila Amzah bersama suami. Sumber astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *