“Nak ikut mak.” -Comel! TokTi sempat lagi bermanja denga ibu sebelum konsert bermula.

Seluruh Malaysia terutamanya peminat penyanyi nombor satu negara telah menantikan persembahan dari Siti Nurhaliza. Malam kelmarin berlangsungnya konsert jelajah #SitiNurhalizaontour di Axiata Arena.

Tak sangka, walaupun telah lama Tok Ti menjadi penyanyi, pembukaan konsert yang cukup memukau dengan lagu ‘Bardasila’ ternyata membuat para penonton seakan dipukkau dengan kemerduan penyanyi bersuara emas itu. Setiap satu kejayaan yang dimiliki TokTi itulah adalah berkat doa seorang ibu yang sentiasa menyokong karier anaknya yang tersayang.

Tok Ti Manja dengan Mak

Kakak ipar Tok Ti telah upload video di IG, memaparkan suasana sebelum konsert bermula TokTi.

Kelihatan Tok Ti sempat bermanja dengan ibunya setelah satu sesi fotografi bersama.

Tindakan spontan itu nyata mengundang gelihati di kalangan penonton. Terserlah sisi manja seorang penyanyi kesayangan ramai ini.

Video

Sikap manja TokTi jelas kelihatan, ternyata walaupun dirinya kini boleh dikatakan sebagai lagenda dalam industri nyanyian namun dia masih meletakan restu orang tua paling utama. Ini terbukti bila setiap ucapan pasti diutamakan ucapan penghargaan buat kedua ibu & juga arwwah bapanya Allahyarham Tarudin Ismail.

20 tahun lalu, di lokasi yang sama

“Konsert pertama saya diadakan pada 1999, 20 tahun lalu, di lokasi yang sama. Ketika itu saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, saya berimpian untuk mengadakan konsert pertama.

Tambahnya lagi,

“Di situlah bermula kisah saya bersama Pak Ngah. Beliau menjadi pengarah persembahan bagi Konsert Siti Nurhaliza Live. Kenangan itu sangat istimewa, dan malam ini saya buat ‘throwback’ menghargai karyanya.

Jasa Allahyarham Adnan

“Malam ini juga saya gembira kerana keluarga Allahyarham Adnan turut hadir. Saya takkan lupa jasa arwwah dan isterinya,” kata Siti yang pernah mengeluarkan 25 album dan 250 lagu.

Terdahulu Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapura (2 Mac). Terharu dengan sambutan diterimanya sepanjang tiga konsert siri jelajahnya, Siti mengaku dia menangis sebelum melangkah masuk ke pentas.

Penyanyi bersuara emas itu juga terpaksa memujuk diri kerana bimbang tidak dapat menyanyi dengan baik, sepanjang konsert. Sumber: Instagram Rozi, OhMedia & BH Online via celotehsaje

Comelnya Datuk Siti. Semoga Ibu dan Tok ti berbahagia dan sihat selalu. Terus rasa nk jumpa ibu dan peluk kan..? Sudah baca. Apa kata anda? Terima Kasih. Jangan Lupa Like Page Antara Kau AKu dan Dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *